May 26th, 2015

Hubungan percintaan diantara penyanyi Akim Ahmad dan Stacy bukanlah satu cerita yang baru.  Mereka sering dihimpit dengan pelbagai persoalan jika hubungan mereka akan ke jinjang pelamin dan bila pula saat untuk Stacy memeluk Islam.

Terbaru, Akim dalam satu kenyataan kepada portal mStar Online berkata, Stacy kini semakin hampir ke arah untuk memeluk agama Islam dan sedang dalam usaha untuk menerima beliau sebagai suami. Akim juga nampaknya sudah mempersiapkan diri untuk  mendidik Stacy agar menjadi seorang muslimah yang sejati. Malah, kedua-dua  belah keluarga Akim dan Stacy sudah merestui hubungan percintaan mereka.

Dia (Stacy) sudah makin hampir kearah itu (untuk memeluk agama Islam) dan Alhamdulillah family sudah boleh menerima hubungan antara kami berdua.

Sebenarnya untuk saya mendidiknya tiada masalah, untuk kata saya ini sempurna tidak juga tetapi hasil daripada didikan yang diberikan oleh keluarga saya, cukup lengkap dan saya tahu batas-batas serta hukum kerana apa yang penting adalah niat.

Buat masa ini Akim sedang berusaha untuk memenuhi beberapa perkara penting lain sebelum  beliau merasa benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami kelak. Segala kemahuan Akim sebelum ini akan dipenuhi kerana tidak mahu ia terhalang selepas berkahwin nanti.

Sebenarnya untuk ke peringkat seterusnya saya perlu menyiapkan banyak benda dalam  kehidupan. Apabila berkeluarga kita perlu bataskan segala kemahuan kita, jadi perkara seperti itu saya belum bersedia kerana masih ada lagi keinginan yang perlu dipenuhi.

Mungkin apabila kita masih single segala kemahuan serta kehendak diri dapat dipenuhi dan saya terpaksa menarik handbreak apabila sudah berkeluarga nanti.

Kami harap Stacy akan benar-benar bersedia dan yakin untuk memeluk agama Islam nanti. Buat Akim pula, untuk mendidik seorang saudara baru dalam Islam memerlukan kesabaran yang tinggi kerana akan wujud juga beberapa dugaan. Apa yang penting pastikan diri anda sudah cukup bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...