Boleh dikatakan hingga ke hari ini kemelut pembahagian harta seakan-akan tiada akhirnya apabila kedua-dua belah pihak iaitu Ali Puteh dan balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah saling membalas kenyataan.
Baru-baru ini, sewaktu Ali ditemubual oleh pihak Melodi TV3, dia akui berasa terkilan dengan Hidayah kerana memuat naik video hingga membuatkan netizen pandang jahat terhadap dirinya dan dia juga berkata, rumah milik arwah boleh didiami siapa-siapa pun memandangkan ia masih dalam urusan faraid.
Bagaimanapun, peguam syariah iaitu Tuan Muhammad Syarafi tampil memberikan penjelasan mengenai isu yang sedang dihadapi oleh mereka sekarang ini.
View this post on Instagram
Melalui penjelasan menerusi laman Facebook, peguam itu menyuruh Ali cakna mengenai undang-undang pengurusan harta Allahyarham Abam.
Orang paling berhak menguruskan harta si mati ialah isteri dan anaknya. Ali jangan buat susah macam ni. Cuba kendorkan sikit ego tu.
Tambahannya lagi, si ibu akan dilantik sebagai pemegang amanah bagi uruskan harta anak yang belum cukup umur hingga dia capai pada umur yang membolehkan diri uruskan hartanya dengan sendiri.
Bukan itu saja, peguam terbabit menasihati pelawak terbabit untuk beri laluan pada Hidayah untuk menetap di kediaman arwah dengan anak hingga urusan faraid selesai.
Sekadar info, Ali sewaktu ditemubual oleh pihak Melodi TV3 sebelum ini ada memberitahu bahawa dia mahu kemelut masalah yang berlaku bersama kakak ipar diselesaikan dengan segera dan tidak mahu bergaduh lagi.