“Kenapa Tiba-Tiba Jadi Macam Ni?” – Lelaki Hina Islam Rupanya Selalu Kongsi Kisah Nabi Di Youtube?

Kehidupan

“Kenapa Tiba-Tiba Jadi Macam Ni?” – Lelaki Hina Islam Rupanya Selalu Kongsi Kisah Nabi Di Youtube?

Sebelum ini, viral di media sosial video memaparkan seorang lelaki yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Malah, dia juga telah mencabar orang ramai dan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) untuk datang membunuhnya di dalam video berkenaan.

Advertisement

Namun, apa yang tidak dijangkakan adalah apabila sekumpulan individu telah menyerang rumahnya dan membelasah lelaki itu.

Namun selepas isu berkenaan viral di media sosial, rata-rata netizen telah menyiasat dan menjumpai laman YouTube milik lelaki berkenaan yang selalu berkongsi hal-hal keagamaan dan kisah-kisah Nabi Yusuf A.S.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa terkejut melihat diri lelaki itu yang dahulunya sering berkongsi perkara baik dan tertanya mengapa dan bagaimana dia boleh berubah.

Muzil, kamu ni bagus. Bukan tak ada ilmu agama. Kami pelik tiba-tiba kamu berperangai begitu. Pasti ada sesuatu yang bercelaru. Betul tak?,” tulis seorang pengguna YouTube.

Laaa, abang punya baik, kenapa tiba-tiba jadi macam ni.. aduhai.. moga diberikan hidayah, – netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amy
2 years ago

(VIDEO) "Macam Dia Suka" - Dilihat Senyum Di Mahkamah, Netizen Dakwa Wanita Hina Islam 'Lapar' Populariti?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...