“Kenapa Tak Pakai Baju Melayu” – Keluarga Fatimah Kesal Dilabel Murtad Hanya Kerana Pakai Kurta Sambut Raya

Hiburan

“Kenapa Tak Pakai Baju Melayu” – Keluarga Fatimah Kesal Dilabel Murtad Hanya Kerana Pakai Kurta Sambut Raya

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pelajar telah didenda oleh guru gara-gara memakai baju kurta ketika sambutan hari raya di sekolah.

Ia sekaligus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen malah keluarga Fatimah yang terkenal di media sosial Instagram mendakwa mereka sekeluarga turut dikecam kerana tidak memakai baju melayu dan baju kurung ketika sambutan Aidilfitri baru- baru ini.

Advertisement

Keluarga Fatimah yang kini menetap di luar negara sebelum itu telah memuat naik foto keluarga ketika sambutan hari lebaran itu di Instagram sambil memaparkan anak-beranak mereka menggayakan baju kurta ‘Salwar Kameez’ iaitu pakaian tradisi negara Pakistan.

Malah, keluarga itu turut dilabel murtad oleh sesetengah netizen di Malaysia hanya kerana tidak memakai pakaian tradisional kaum Melayu itu.

Sehubungan itu, keluarga Fatimah tampil memberi penjelasan selain meluahkan perasaan terkilan kerana dilayan dan dianggap ‘terkeluar’ daripada agama Islam hanya kerana perkara kecil seperti itu.

keluarga fatimahSumber : Instagram  

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menzahirkan perasaan yang sama dan beranggapan ramai yang tidak pandai membezakan antara hukum dan adat serta berfikiran ‘jumud’ sehingga berani menjatuhkan hukum kepada orang lain di media sosial.

MUA
3 years ago

(VIDEO) "Ramai Tipu Nak Harga Murah.." - MUA 'Explain' Perbezaan Antara Solekan Pengantin Dan 'Event'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...