Seorang pegawai polis dikenali sebagai Inspektor Sheila telah menjadi perbualan hangat netizen selepas beberapa video memaparkan dirinya tular di media sosial
Terkini, Inspektor Sheila atau nama penuhnya, Sheila Sharon a/p Steven Kumar telah hadir ke Mahkamah Majistret Selayang bagi tujuan menjalani prosiding atas tiga pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.
Bagaimanapun, pegawai polis berusia 34 tahun itu mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.
Pegawai polis wanita yandmg dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang tular baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, hari ini.
Beliau tiba kira-kira jam 8.55 pagi.@BuletinTV9 @BuletinTV3 pic.twitter.com/imbNNdIs7p
— Ridhwan (@wanNewsMPB) June 26, 2023
Dalam pada itu, Inspektor Sheila telah mempertikaikan tindakan anggota yang membuat penahanan terhadap dirinya.
Malah, pegawai polis itu mempersoalkan penggunaan gari yang menyebabkan kesan pada pergelangan tangannya walaupun dia telah hadir ke Mahkamah mengikut protokol yang ditetapkan.
Bukan itu sahaja, pegawai polis berkenaan turut mendakwa terdapat pihak yang berniat untuk mencalarkan maruahnya memandangkan dia sudah berkhidmat selama 7 tahun.
Saya pegawai polis, kenapa perlu digari. Adakah anda berniat untuk sabotaj saya?
@utusantvofficial Replying to @nirwanbinmuis . Part last dia ucap terima kasih dan lemparkan senyuman manis menawan ?. #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok #inspektorshiela
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.