“Kenapa Pakai Cat Warna Ni? Sofa Patut Alih Belakang” – Dijemput Datang Beraya, Tetamu Sibuk ‘Judge’ Rumah Pula

Kehidupan

“Kenapa Pakai Cat Warna Ni? Sofa Patut Alih Belakang” – Dijemput Datang Beraya, Tetamu Sibuk ‘Judge’ Rumah Pula

Walaupun bulan Syawal sudah hampir tiba ke penghujungnya, tetapi masih ramai yang mengadakan rumah terbuka atau open house bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama.

Namun, sudah pasti tuan rumah yang perlu melayani pelbagai ragam dan tingkah laku tetamu ketika mengadakan rumah terbuka.

Advertisement

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Amirul Abraham yang terkejut dengan perangai tetamu yang hadir ke rumah terbuka rakannya.

Gambar Hiasan

Menerusi hantaran tersebut, Amirul berkata dia yang turut bertandang ke rumah terbuka tersebut terkejut dengan tetamu lain yang tidak menjaga adab dan hati rakannya sebagai tuan rumah.

Menurutnya, tetamu berkenaan telah mempertikaikan cita rasa tuan rumah dan mempersoalkan hiasan di dalam rumahnya.

Kenapa pakai cat warna ni? Kan elok warna putih. Ini mana matching dengan langsir. Tengok lampu tu color oren lagi. Sofa ni pun patut alih ke belakang. Nanti tumpah makanan susah nak cuci.

Gambar Hiasan

Bukan itu sahaja, Amirul turut menceritakan bagaimana wajah rakannya itu terus berubah selepas dikritik oleh tetamu berkenaan.

Sekali nafas je dia bagi. Berubah muka member aku laki bini ni.

Dalam pada itu, Amirul menitip pesanan kepada orang ramai yang menjadi tetamu di majlis rumah terbuka untuk menjaga hati tuan rumah.

Masuk rumah orang butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut, makan pun tinggalkan orang belakang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Kami Tak Terima 'Jenis' Anda Di Sini" - Lelaki Nigeria Dakwa Malaysia Negara Rasis, Pernah Dihalau Keluar Sabah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...