“Kami Tak Terima ‘Jenis’ Anda Di Sini” – Lelaki Nigeria Dakwa Malaysia Negara Rasis, Pernah Dihalau Keluar Sabah?

Kehidupan

“Kami Tak Terima ‘Jenis’ Anda Di Sini” – Lelaki Nigeria Dakwa Malaysia Negara Rasis, Pernah Dihalau Keluar Sabah?

Seorang lelaki warganegara Nigeria telahh memuat naik video di TikTok menceritakan tentang pengalaman dilaluinya ketika berkunjung ke Malaysia pada 2016 dan ia meraih perhatian ramai.

Menerusi rakaman itu, lelaki bernama Suleiman itu berkata dia ke Malaysia untuk melawat rakannya yang sedang melanjutkan pelajaran di sini.

Advertisement

Menurut Suleiman, dia melalui pengalaman buruk sehingga membuatkannya memandang negara kita sebagai sebuah negara yang rasis.

Ketika itu, dia yang juga seorang pelajar berniat untuk datang Malaysia berjumpa dengan dua rakannya berasal dari India dan Uganda.

Selepas empat hari meluangkan masa bersama-sama, mereka bertiga membuat keputusan untuk bercuti ke Sabah dan dakwanya ketika di dalam pesawat ramai yang merenung mereka.

Di dalam pesawat, orang ramai merenung kami, orang kulit hitam, seperti mereka tidak pernah melihat orang kulit hitam dalam hidup mereka. Itu sepatutnya menjadi petunjuk pertama kami.”

Dakwa Suleiman lagi, dia telah ditahan ketika pemeriksaan imigresen di lapangan terbang dan diletakkan dalam bilik berasingan sebelum diberitahu dia tidak dibenarkan masuk ke Sabah.

Dia berkata dan saya memetik ‘kami tidak membenarkan jenis anda di sini’.”

Dengar perkongsian Suleiman sepenuhnya di sini:

@suleiman_toks

@lmfaomal The kind of premium rac|$m I experienced in Malaysia.. ? #storytime #travellingwhileblack

? original sound – Suleiman

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen sesetengah individu meluahkan rasa simpati terhadap Suleiman kerana melalui pengalaman sebegitu.

Ramai juga yang turut memberi komen seolah-olah bersetuju bahawa kebanyakan rakyat Malaysia bersikap rasis terhadap pelancong berkulit hitam.

pelancong mat saleh minta sedekah
1 year ago

"Ramai 'Penjilat' Mat Saleh.." - Pelancong Luar Negara Mengemis Nak 'Travel', Netizen Tak Tahu Nak Adu Pada Siapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...