Majlis tunang seharusnya menjadi majlis yang sederhana dan dihadiri keluarga terdekat sahaja. Itulah yang dilakukan oleh seorang gadis ini, namun dia sebaliknya mendapat perhatian dan menerima kecaman gara-gara bakal suami hadir memakai unit beruniform polis.
Menerusi video yang sebelum ini viral di TikTok, wanita bernama Nani itu dilihat berjalan berdua-duaan dengan tunangnya yang memang merupakan seorang anggota polis.
Menurut Kisah Dunia, Nani ketika itu dilihat menggayakan persalinan tunang berwarna biru gelap, sedondon dengan warna uniform tersebut. Difahamkan, video tersebut telah pun dipadam di TikTok.
Bagaimanapun, ada pula segelintir netizen yang tidak senang duduk dan mengecamnya dengan berkata dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk bakal suaminya merupakan seorang polis.
Namun, Nani hanya tenang dengan kecaman diterimanya serta sempat berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiannya dan pasangan.
Beberapa netizen dilihat berada di pihak Nani, turut sama tidak faham dengan mereka yang mengecamnya hanya kerana uniform polis tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
Baca: “Hang Pulak Gelabah Bewak” – Viral di TikTok Sebab ‘Unfollow’ Suami, Izreen Azminda Tempelak Netizen