“Hang Pulak Gelabah Bewak” – Viral di TikTok Sebab ‘Unfollow’ Suami, Izreen Azminda Tempelak Netizen

Hiburan

“Hang Pulak Gelabah Bewak” – Viral di TikTok Sebab ‘Unfollow’ Suami, Izreen Azminda Tempelak Netizen

Tiada angin tiada ribut, nama Izreen Azminda tiba-tiba menjadi sebutan di TikTok apabila seorang individu mendedahkan pasangan suami isteri itu tidak saling mengikuti Instagram masing-masing.

Selepas mendapat tahu tentang hal itu, Izreen tidak berdiam diri dan menerusi entri di Instagram, pelakon itu telah menjelaskan kekeliruan yang berlaku disebabkan video terbabit.

Advertisement

Menurutnya, dia dan suami, Ude Wahid sememangnya sudah lama tidak mengikuti Instagram masing-masing namun hubungan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

Izreen turut mempersoalkan motif pengguna TikTok tersebut memuat naik video sedemikian kerana ianya boleh mengundang komen negatif dan menghina selain membuka aib orang lain.

Advertisement

Akui sudah lama berdiam diri dengan individu yang sengaja mencetuskan perbalahan seperti itu, Izreen berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Difahamkan, individu tersebut telah pun menyahaktifkan akaun TikTok tersebut.

Baca: Comel Sungguh! Izreen Azminda Dedah Wajah Ali Idrees Untuk Tatapan Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    December 30, 2021 at 12:20 pm

    Sondol sondolan

  2. Anonymous

    December 30, 2021 at 8:39 am

    Selepas intan dah kahwin.. nak2 jugak ada gossip.

  3. Anonymous

    December 29, 2021 at 2:09 pm

    aib apa nak di viralkan? siapa dia ini?

  4. jering

    December 29, 2021 at 1:12 pm

    kesian baru anak dua dh unfollow each other haha, kesian kesian

  5. Mar

    December 29, 2021 at 1:08 pm

    Lepas anak dua.. bye2 la izreen

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...