“Kenapa Nikah Dengan Budak Macam Tu..” – Kecewa Dengan Marissa, Vida Kasihan Abby & Norman Terpaksa Tanggung Malu

Trending

“Kenapa Nikah Dengan Budak Macam Tu..” – Kecewa Dengan Marissa, Vida Kasihan Abby & Norman Terpaksa Tanggung Malu

Ushawan popular, Datuk Seri Vida meluahkan rasa tidak senang hati dengan isu kontroversi yang melibatkan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marrisa Dania itu. Baginya, perkara tersebut tidak patut dilakukan oleh seorang anak kepada ibu bapa.

Turut rasa simpati

Menurut Vida, sebagai seorang ibu, dia turut berasa sedih kepada Abby dan Norman yang terpaksa meratapi kontroversi yang terjadi pada anak gadisnya yang telah ‘nikah lari’ itu.

Advertisement

Allah, anak-anak kenapalah buat begitu pada ibu bapa.

 

Saya pun ada anak perempuan. Lain anak, lain ujiannya. Semoga dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Tak setuju jadi penyondol

Pada masa yang sama, usahawan ini turut berkata dirinya tidak setuju dengan tindakan Marrisa yang bernikah dengan suami orang itu. Katanya, anak perempuan Abby dan Norman ini tidak patut menjadi penyondol dalam rumah tangga orang lain.

Saya sebagai mak, geramnya. Kenapalah bernikah dengan budak macam tu. Bukannya ada duit.

 

Mu (Marrisa) jadi madu orang, menyondol? Kenapalah? Punya ramai lagi jantan kaya, muka lagi comel boleh ambil, otak mu letak dekat lutut ke?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Bukan itu sahaja, ibu kepada Cik B ini juga berkata bahawa dia tidak dapat menyangka apa yang dirasakan oleh ibu bapa Marrisa ketika mendengar berita tersebut. Katanya, dia turut berasa kecewa kerana setiap ibu bapa pasti sudah cuba sebaik boleh untuk membesarkan anak-anak dengan baik namun dibalas dengan cara sebegitu.

BACA: Saya Harap Dia Tidak Lalai Dengan Suruhan Allah Netizen Imbas Kembali Kecemerlangan Marissa Sebagai Pelajar Cemerlang Di Maahad Tahfiz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...