“Saya Harap Dia Tidak Lalai Dengan Suruhan Allah” – Netizen Imbas Kembali Kecemerlangan Marissa Sebagai Pelajar Cemerlang Di Maahad Tahfiz

Hiburan

“Saya Harap Dia Tidak Lalai Dengan Suruhan Allah” – Netizen Imbas Kembali Kecemerlangan Marissa Sebagai Pelajar Cemerlang Di Maahad Tahfiz

Meskipun terpalit kembali kontroversi perkahwinan tidak direstui ibu bapa, kisah anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa yang pernah menuntut di Maahad Tahfiz As Sofa, Seremban Negeri Sembilan kembali diperkatakan netizen.

Kecemerlangan Marissa kembali jadi sorotan netizen

Marissa,19, yang juga bergelar ‘influencer’ dan model itu difahamkan seorang pelajar yang cemerlang dan berjaya menamatkan hafalan Qasidah Burdah Al Busiri yang mengandungi 160 bait.

Advertisement

Malah, anak gadis itu juga berjaya menhabiskan keseluruhan matan burdah di hadapan gurunya dengan cemerlang sekali.

Marissa turut membahagiakan ibu bapanya dengan berjaya menghafal enam juzuk al-Quran dalam tempoh setahun di pusat pengajian Islam itu.

Harapan Abby Abadi

Abby juga pernah menyatakan harapan untuk Marissa terus cemerlang dalam akademik dan tidak lalai dengan suruhan agama Islam.

Saya juga berharap biar penuh ilmu di dadanya agar dia tidak lalai dengan suruhan agama Islam. Dania pula memang tidak ada minat dalam bidang seni sebab dia sangat pemalu orangnya.

Terdahulu, Marissa disahkan telah pun bernikah secara sembunyi dengan seorang lelaki bergelar suami orang di Songkhla, Thailand. Berita itu turut dimaklumkan kakak ipar kepada lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama Aslam.

Sehingga kini, tiada kenyataan dikeluarkan ibu bapa Marissa, Norman dan Abby berkaitan isu tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Norman
3 months ago

"Sebak Tengok Air Muka, Seorang Ayah Yang Terguris Hati" - Netizen Sayu Tengok Wajah Norman Hakim

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...