Anak kepada pelakon Norish Karman, iaitu Nur Hanyz Amanda tampil memohon agar orang ramai tidak lagi mengungkit kisah silam ibunya ketika aktif dalam dunia seni.
Menerusi satu klip siaran langsung di TikTok, Manda menegaskan bahawa setiap individu berhak diberi peluang untuk berubah dan memperbaiki diri tanpa dibayangi masa lalu.
“Kenapa nak kena ungkit masa silam? Apa kena mengena masa silam dan sekarang?”
“Sekarang ini kita susah, bukan ketika waktu silam. Ianya tidak adil. Hari-hari kita diberi peluang untuk menjadi yang terbaik.”
“Tapi hari-hari anda semua memilih untuk memandang kisah silam.”
Dalam masa sama, Manda turut menjawab dakwaan segelintir pihak yang melabel ibunya sebagai sombong hanya kerana tidak menunjukkan emosi secara terbuka.
“Kan Manda Dah Kata, Ramai Dah Nak Tuntut Hutang Pagi Ni,” – Anak Norish Karman
“Orang cakap muka Norish Karman tak senyum, sombong. Habis itu nak buat macam mana? Nak menangis setiap masa? Kita diberikan rezeki dimana walaupun kita susah, kita tak tunjuk menerusi muka.”
Terdahulu, Norish dilaporkan berdepan masalah kesihatan serius apabila mengalami paras darah dan zat besi yang terlalu rendah sejak dua tahun lalu.
Keadaan itu menyebabkan pelakon berkenaan kini hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda dan tidak lagi boleh berjalan seperti biasa.
Susulan itu, Manda yang juga seorang pelakon terpaksa memohon bantuan dana bagi menampung kos rawatan ibunya yang semakin meningkat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
