Setiap pasangan suami isteri mempunyai cara tersendiri dalam bergurau dengan pasangan masing-masing.
Itulah yang dikongsikan di Twitter oleh akaun yang dikenali sebagai @nadziraaahh di mana seorang isteri menyediakan bekal seperti dibeli dari kedai.
Difahamkan, lelaki itu pada awalnya malu untuk membawa bekal kerana sering disakat kawan sepejabat.
Disebabkan itu, isterinya menjadi kreatif dan menyediakan bekal kepadanya dengan bungkusan seolah-olah makanan itu dibungkus dari kedai makan.
Memang isteri isteri ni kreatif eh. ?
Laki dia malu bawak bekal, sebab officemate menyakat.
Next day, wife dia buatkan bekal tu ala beli dekat kedai. ? Haha, comel laahhhhh kak!! pic.twitter.com/d7JKWUqG6v
— ????? (@nadziraaahh) May 31, 2022
Isterinya juga sempat berkata mana-mana suami yang membawa bekal tidak perlu berasa malu kerana ia boleh menjimatkan masa dan lebih istimewa, makanan tersebut daripada air tangan isteri sendiri.
Menerusi ‘thread’ di Twitter tersebut, ramai para isteri berkongsi gambar bekal yang mereka sediakan untuk suami masing-masing mereka untuk ke tempat kerja.
Selain itu, ada juga netizen yang berasa tindakan mengejek atau menyakat rakan sekerja yang membawa bekal ke pejabat perlu dihentikan kerana ia adalah budaya yang tidak elok.