June 28th, 2019

Memberikan bayangan orang terdekat yang terlibat dengan kes kecurian wangnya bernilai lebih RM200,000, penerbit Datuk A. Aida bagaimanapun enggan komen lanjut mengenai bekas suaminya, Ariff Aziz yang dikaitkan dalam kes berkenaan.

A. Aida tidak mahu mengganggu proses siasatan dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis. Cukuplah sekadar dia memaklumkan individu yang terbabit adalah orang yang pernah rapat dengannya.

Sebaik pulang ke tanah air, saya terus buat pemeriksaan dan mendapati terdapat dua kali transaksi ke satu akaun. Saya pelik kerana transaksi dibuat pada waktu subuh. Tapi, saya tak kecoh lagi sebab tak nak peningkan kepala. Jadi, saya diamkan saja kerana ketika itu saya dalam proses nak failkan perceraian.

Namun, A.Aida berharap individu yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang agar ia dapat menjadi pengajaran.

Dalam masa sama, saya mahu individu itu diambil tindakan undang-undang supaya ia menjadi pengajaran kepada semua.

Kenapa nak kena mencuri? Kenapa tak minta? Apa pun, saya berharap pihak polis cepat ambil tindakan. Saya difahamkan, individu itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan Ariff Aziz merupakan suspek utama kes berkenaan. Telefon bimbit pelakon itu juga dirampas pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut terutama sekali berkaitan transaksi yang dibuat. Buat masa ini, pihak polis memerlukan masa untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum melakukan pendakwaan terhadap suspek.

Sumber Berita : Harian Metro


23 responses to “Kenapa Mencuri, Saya Mahu Tindakan Diambil Terhadap Individu Itu – A. Aida”

  1. Anonymous says:

    Contohlah klau saya byr saman mggunakan maybank2u. Dekat maybank2u tu kita msukkn lah semua username dan pasword. Bila confirm nak byar..no TAC akan automatik msuk dalam no hp yg kita register tadi. Maka transaksi dah berjaya. Sbb tu lah polis rampas hp.
    Hanya no hp tu bukti yg kukuh. Tetapi selain bekas suami..siapa yg tahu datuk punya kod rahsia. Klau hp bkas suami ada bukti..mka salahlah dia. Klau x ada..checklah semua ahli leluarga datuk..huhuhu..nnti dptlh result..cepat dan lmbat je semua tu.

    • unknown says:

      ak pun terfikir juga.. mesti ada tag no.. xkn tag no dihantar ke phone laki tu.. kl camtu bukan mencuri namanya.. dia yg bg kebenaran.. xkn bg pin password bagai hanya untuk tengok jer.. bagi kebenaran but claimed mencuri.. nak sangat yg muda yg ada rupa kn.. hah hambek laaaa.. silly lady

    • accountant says:

      alahaii.. transaction boleh jadi bukan semestinya guna tac number je. tak pernah jadi accountant dekat tempat kerja ke? trasanction boleh jadi kalau kau ada pincode / satu cip yang just boleh masukkan pincode then approved lah transaction. mostly pakai cara ni kalau melibatkan account company. business banking. mungkin boleh jadi jugak. tak perlukan tac number, cuma curi cip tu, then boleh la buat transaction. subuh pun boleh buat. anytime benda tu boleh buat. tengah malam pun bole approve jugak.

    • Anonymous says:

      sbb tu dia kata pelik transaction waktu subuh. most probably laki tu amek handphone dia masa dia tgh tdo kot

  2. Anonymous says:

    masa suka, kentut pon wangi
    masa tak suka…dok lokap la ko!

  3. RIZMAR says:

    Mana boleh buat onlne banking dari tgh mlm hingga ke subuh

  4. M says:

    Ye2 je macam geli sangat bila org tanya nak rujuk balik dgn janda ko tak. Tp duit janda ko, ko sapu diam2. Cehhh

  5. Anonymous says:

    10 hinggit B, 10 hinggit

Loading...