“Kenapa Lagi Berlagak Dari Selebriti..” – Uyaina Arshad Bidas ‘Influencer’ Berkelakuan Mengalahkan Artis

Hiburan

“Kenapa Lagi Berlagak Dari Selebriti..” – Uyaina Arshad Bidas ‘Influencer’ Berkelakuan Mengalahkan Artis

Di zaman media sosial kini, lebih ramai pengguna yang menggelar diri mereka sebagai pempengaruh media sosial atau lebih dikenali sebagai influencer. Baru-baru ini juga pelakon Uyaina Arshad telah menyelar seorang influencer yang dikatakan berlagak seperti selebriti.

Kenyataan tersebut telah dikongsikan di laman Twitter peribadinya. Berdasarkan hantaran tersebut, dirinya seperti sedang tidak puas hati dengan individu yang merupakan pempenagruh media sosial. Katanya, individu tersebut terlalu berlagak seperti dirinya artis yang terkenal.

Advertisement

Soalan: Kenapa influencers lagi berlagak dari selebriti?

Followers juta-juta ke ribu-ribu ke jangan lah rasa diri tu famous sangat.

Chill sudah lah… Eksyen2 nak pergi mana.. Followers jota2 ke ribu-riban ke jangan lah rasa diri tu famous sangat.. 🤪

Lawak la… 😂

— 🇲🇾 UA (@UyainaArshad) December 5, 2023

Namun begitu, isteri kepada penyanyi Raja Shahiran itu tidak menyatakan nama kepada influencer tersebut mahupun deskripsinya. Tetapi, di ruangan komen hantaran yang sama, ada segelintir yang membuat spekulasi tetang individu yang dimaksudkan Uyaina.

Pada masa yang sama, aktres ini tidak menafikan atau membenarkan mana-mana spekuali tekaan dari netizen yang membuat ramai semakin tertanya-tanya siapakah gerangan individu terbabit.

Sebelum ini, pelakon ini juga sempat tular apabila dirinya menyatakan rasa kecewa dan sedih apabila akaun TikTok miliknya disekat daripada memuat naik sebarang hantaran berkenaan isu peperangan di Palestin.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

uyaina arshad
1 year ago

"Tak Guna Jadi Rakyat Malaysia Kalau Tak Tahu Bertutur Bahasa Melayu!" - Acah-Acah 'Mat Saleh', Uyaina Tegur Rakyat Lupa Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...