“Tak Guna Jadi Rakyat Malaysia Kalau Tak Tahu Bertutur Bahasa Melayu!” – Acah-Acah ‘Mat Saleh’, Uyaina Tegur Rakyat Lupa Diri

Hiburan

“Tak Guna Jadi Rakyat Malaysia Kalau Tak Tahu Bertutur Bahasa Melayu!” – Acah-Acah ‘Mat Saleh’, Uyaina Tegur Rakyat Lupa Diri

Pengacara serta pempengaruh, Uyaina Arshad menegur sesetengah rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa Melayu biarpun ia adalah bahasa kebangsaan kita.

Kata Uyaina, bahasa Melayu merupakan bahasa paling mudah untuk dipelajari kerana tidak mempunyai sebarang ganti nama mahupun perbezaan wanita seperti bahasa negara lain.

Advertisement

Tak guna jadi rakyat Malaysia kalau tak tahu bertutur bahasa Melayu!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Pengacara program Wanita Hari Ini itu membahas perkara tersebut susulan tular luahan hati seorang wanita yang didakwa dimarahi oleh pegawai kerajaan kerana tidak fasih bertutur bahasa Melayu.

Kata Uyaina lagi, setiap rakyat Malaysia perlu mahir dalam bertutur bahasa Melayu biarpun merantau jauh di pelosok dunia.

Dalam pada itu, dia turut menasihati mana-mana individu yang tidak fasih untuk daftarkan diri ke mana-mana kelas bagi memantapkan lagi bahasa Melayu mereka.

uyaina
6 months ago

"Saya Lebih Tahu Sejarah Negara Saya, Jangan Ajar Aku Tentang..." - Uyaina Arshad Balas Komen Netizen Indonesia Pasal Kemerdekaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...