“Kenapa Dia Ceria, Muka Tak Sembab?” – Netizen Persoal Pelakon Berhias Di Majlis Tahlil Anak, Bandingkan Dengan BCL

Trending

“Kenapa Dia Ceria, Muka Tak Sembab?” – Netizen Persoal Pelakon Berhias Di Majlis Tahlil Anak, Bandingkan Dengan BCL

Ketika ini, di negara jiran kita sedang hangat menjadi bualan tentang kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang merupakan anak kepada aktres, Tamara Tyasmara.

Kuburnya digali semula selepas kira-kira 10 hari dikebumikan apabila polis tempatan berkata ada unsur jenayah dalam kematian kanak-kanak bernama Dante itu.

Advertisement

Lebih mengejutkan, teman lelaki Tamara sendiri, Yudha Arfandi merupakan suspek utama yang didakwa sengaja menamatkan riwayat kanak-kanak malang tersebut yang ditenggelamkan dalam sebuah kolam renang dewasa.

tamara
5 months ago

Didakwa Sengaja 'Rendam' Anak Teman Wanita Sebanyak 12 Kali Sebelum Maut, Si Ibu Bergelar Pelakon 'Back Up' Teman Lelaki?

 

Netizen tegur muka Tamara tak sembab

Dalam kekecohan tentang kematian tersebut, netizen Indonesia notice sesuatu tentang Tamara yang membuatkan mereka tertanya-tanya dan berasa kurang senang.

Soal mereka, wajah Tamara ketika majlis tahlil anaknya yang diadakan baru-baru ini langsung tidak sembab malah segar apabila dia tampil dengan solekan yang ‘soft’.

tamara tyasmara

Gara-gara itu, peminat menganggap Tamara tidak cukup bersedih dengan pemergian Dante kerana tiada langsung kesan yang menunjukkan dia berduka atau menangis tanpa henti yang boleh menyebabkan muka sembab.

 

Pose senyum bila bergambar

Bukan itu sahaja, dalam kebanyakan gambarnya bersama keluarga, rakan dan tetamu yang hadir ke majlis tahlil berkenaan, Tamara dilihat sempat memberikan pose dan tersenyum.

tamara tyasmara

Malah, peminat industri hiburan negara itu turut membandingkan keadaan Tamara dan keluarganya dengan Bunga Citra Lestari yang sangat terkesan ketika pemergian mengejut suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.

 

Kawan tampil pertahankan

Selepas tular tentang isu ini, salah seorang rakan Tamara tampil mempertahankan aktres tersebut dan memberi penjelasan terhadap gambar-gambar yang tular itu.

Menurut lelaki itu, foto yang dimuat naik semua telah disunting dan membuatkan wajah Tamara seperti bersolek manakala persoalan tentang dia tersenyum pula turut dijawab olehnya.

Kenapa dia ceria? Ya, kerana kami berusaha memberi keceriaan setiap masa sebab itu dalam foto ini dia nampak ceria.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kiki Farrel (@kikifarrel_)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...