Didakwa Sengaja ‘Rendam’ Anak Teman Wanita Sebanyak 12 Kali Sebelum Maut, Si Ibu Bergelar Pelakon ‘Back Up’ Teman Lelaki?

Kehidupan

Didakwa Sengaja ‘Rendam’ Anak Teman Wanita Sebanyak 12 Kali Sebelum Maut, Si Ibu Bergelar Pelakon ‘Back Up’ Teman Lelaki?

Tular sebelum ini di negara seberang Indonesia mengenai kisah kematian anak kepada pelakon terkenal Indonesia Tamara Tyasmara iaitu Raden Khalif Andante Pramuditya yang ditemui lemas dalam sebuah kolam renang awam pada 27 Januari lalu.

Kisah itu mendapat liputan meluas setelah si ibu, Tamara meminta untuk digali kembali kubur anaknya kerana berasa tidak sedap hati dan setelah siasatan serta autopsi dijalankan, pihak polis mendapati terdapat unsur pembunuhan terhadap mayat Raden.

Advertisement

Difahamkan, tubuh badan Dante didakwa mempunyai kesan seperti dicubit dan digigit namun Tamar memberitahu bahawa dia ada berbuat demikian bagi menyedarkan kembali anaknya yang sudah tidak sedarkan diri.

Malah, teman lelaki Tamara, Yudha Arfandi juga dirakam kamera litar tertutup sekitar kolam renang itu sedang melakukan sesuatu seperti menenggelamkan Dante ke dalam air sebanyak 12 kali sebelum dia membawa ke permukaan air kononnya mahu membantu.

Terbaru, ada sumber memaklumkan bahawa Tamara turut terbabit dalam kes kematian anaknya itu kerana dia seperti tidak berusaha mencari dan meneliti CCTV kolam renang setelah anaknya meninggal dunia kerana lemas, seolah-olah mahu menyembunyikan perbuatan kejam Yudha.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

A aida
3 months ago

“Nak Mengorat Anak, Kena Pikat Mak Dulu” - Datuk A.Aida Pesan Lelaki Jangan ‘Bawa Lari’ Anak Dara Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Detik.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...