“Kenapa Block? Saya Tak Berminat Berurusan Hal Anak Dengan Orang Ketiga” – Shakilla Khoriri Nafi Halang Fizi Ali Jumpa Anak

Hiburan

“Kenapa Block? Saya Tak Berminat Berurusan Hal Anak Dengan Orang Ketiga” – Shakilla Khoriri Nafi Halang Fizi Ali Jumpa Anak

Sebelum ini, penyampai radio Fizi Ali meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Ameena Sofia, seperti memberi bayangan sudah lama tidak berjumpa.

Bekas isteri Fizi, pelakon Shakilla Khoriri pula berkata dia enggan memberi apa-apa komen terhadap hantaran dimuat naik oleh bekas suaminya itu kerana dianggap murahan.

Advertisement

Shakilla turut menepis dakwaan bahawa dia sebenarnya tidak membenarkan Fizi untuk berjumpa dengan anak tunggal mereka.

Malas nak ulas benda-benda murahan macam ni. Biarlah orang sepatutnya uruskan. Kalau betul saya tak bagi jumpa Ameena, dua tahun lepas saya dan buat, bukan sekarang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Fizi juga turut mendedahkan Shakilla telah menyekat nombornya itu dan aktres tersebut pula berkata dia mempunyai sebab mengapa berbuat sedemikian.

Kenapa saya sekat Fizi daripada WhatsApp, itu kena tanya Fizi sendiri. Lagipun, saya tak berminat nak berurusan soal anak dengan orang ketiga. Dia pun tidak ada hubungan komunikasi baik dengan saya, jadi kenapa perlu buang masa layan drama murahan.

 

Tambah Shakilla, menjaga kesihatan mental Ameena menjadi keutamaannya sebagai ibu kandung kanak-kanak berusia empat tahun itu.

Ujarnya lagi, Fizi mempunyai banyak lagi jalan lagi dan usaha untuk dia cuba jika mahu berjumpa dengan anak namun bekas suaminya memilih meluahkannya di media sosial.

Fizi memilih jalan penyelesaian dalam media sosial dengan mengharapkan doa orang ramai yang tidak tahu kemelut sebenar. Biarlah dia.
shakilla khoriri
1 year ago

"Bukan Meroyan Tapi Luah Perasaan.." - Dakwa Nombor Telefon Kena 'Block', Fizi Ali Nafi Saman Bekas Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...