“Bukan Meroyan Tapi Luah Perasaan..” – Dakwa Nombor Telefon Kena ‘Block’, Fizi Ali Nafi Saman Bekas Isteri

Hiburan

“Bukan Meroyan Tapi Luah Perasaan..” – Dakwa Nombor Telefon Kena ‘Block’, Fizi Ali Nafi Saman Bekas Isteri

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali menafikan dakwaan bahawa dirinya memfailkan saman buat bekas isteri, Shakila Khoriri susulan isu anak mereka, Ameena Sofia.

Sewaktu ditemubual, Fizi berkata tujuan dia membawa isu ini ke muka pengadilan untuk tuntutan hak penjagaan (hadanah) anak perempuannya.

Advertisement

Dia bukan meroyan tetapi lebih kepada meluahkan perasaan ketika itu. Saya tak sangka sampai tahap ini yang berlaku. Saya tak rasa memburukkan sesiapa.

@ohbulanofficial Fizi Ali menafikan dakwaan yang mengatakan dia memfailkan saman terhadap bekas isterinya, Shakilla Khoriri ☝🏻 #ohbulan #sembangentertainment #fiziali #dakwa #saman #bekas #isteri ♬ original sound – OHBULAN!

Kata penyampai radio itu lagi, dia hanya mahu menyelesaikan kemelut yang berlaku secara baik serta mempunyai perjanjian hitam putih bersama Shakilla.

Ia kerana, mereka hanya berjanji mulut tentang hak penjagaan anak selepas membuat keputusan untuk bercerai.

Kali terakhir saya berjumpa dengan Ameena pada Jumaat lalu. Masa majlis graduasi, saya tak dapat hubungi (Shakilla). Whatsapp saya tengok hanya 1 tick mungkin saya dah kena block.

Sebelum ini, Fizi meluahkan rasa kecewa selepas dirinya tidak dapat bertemu dengan Ameena pada hari graduasi prasekolah yang diadakan di Cyberjaya, pada Sabtu lalu.

Fizi Ali Shakilla Khoriri
2023-11-13 09:03:25

Tak Dapat Hubungi Anak, Tak Hadir Majlis Graduasi, Fizi Ali Nak Bawa Ke Mahkamah - "Daddy Tak Tau Ameena Di Mana Sekarang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok