Tak Dapat Hubungi Anak, Tak Hadir Majlis Graduasi, Fizi Ali Nak Bawa Ke Mahkamah – “Daddy Tak Tau Ameena Di Mana Sekarang”

Hiburan

Tak Dapat Hubungi Anak, Tak Hadir Majlis Graduasi, Fizi Ali Nak Bawa Ke Mahkamah – “Daddy Tak Tau Ameena Di Mana Sekarang”

Penyampai radio, Fizi Ali meluahkan rasa kesal apabila dia gagal menghubungi anak perempuannya, Ameena Sofia setelah si kecil itu tidak muncul pada majlis hari graduasi yang diadakan pihak sekolah, Sabtu lalu.

Ujar Fizi, dia ada menghubungi bekas isteri, pelakon Shakilla Khoriri namun tidak berjawab.

Advertisement

Berikutan itu, Fizi berkata dia tidak teragak-agak untuk membawa isu tersebut ke muka pengadilan malah ada mendapatkan nasihat peguam dan masih membuat siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Saya langsung tidak dapat menghubungi dia. Dari awal lagi dah call tapi tak angkat. Saya akan bawa ke muka pengadilan. Saya tak boleh komen lanjut sebab bimbang akan ganggu siasatan.

Fizi sebelum ini sedih gara-gara anaknya itu tidak hadir ke majlis graduasi setelah Ameena kerap berlatih seperti tidak sabar untuk melakukan persembahan sempena majlis konvokesyen sekolah.

Daddy tunggu-tunggu Ameena dekat tempat graduation. Ameena tak muncul-muncul. Kesian awak penat-penar berlatih hari-hari tunjuk dekat daddy and mama, last-last awak tak ada hari ini. Daddy tak tau awak dekat mana sekarang ni, jaga diri sayang.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla telah bercerai talak satu pada Disember 2021 yang lalu setelah 3 tahun berumah tangga dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Fizi kemudian berkahwin dengan isteri baru, Siti Zulaikha pada 23 Oktober baru-baru ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fizi ali shakilla
6 months ago

Fizi Ali Tak Ambil Tahu Bekas Isteri Nak Cakap Apa, Ada Sebab Tak Beritahu Nak Kahwin - "Itu Hal Dia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...