Sebelum ini, penyanyi Sissy Imann tidak dapat menahan sebak selepas dilontarkan dengan komen pedas daripada juri tetap, Mas Idayu dalan rancangan program nyanyian Famili Duo.
Susulan itu, penyanyi berusia 27 tahun itu memutuskan untuk membatalkan rancangan untuk melancarkan album terbarunya dan mengambil keputusan untuk menjual secara derma dengan harga RM20.
Bapa kepada Sissy, Mohammad Kamil Moustaffa berkata dia tetap menerima setiap kekurangan dan kelebihan anaknya.
Baik atau buruk, awak sentiasa menjadi yang terbaik buat saya.
Bukan itu sahaja, Kamil meluahkan rasa terkilan apabila anaknya itu membatalkan majlis pelancaran album sulung yang dirakamkan di The Abbey Studio, London.
Runtun hati ini bila baca keputusan yang dikongsi dalam Instagram dia. Kenapa ada manusia zalim?
Impaknya amat besar hingga boleh memusnahkan impian seorang ayah yang mahu lihat anaknya berjaya. Bertahun aku tunggu.
Namun, bapa kepada pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh itu bersyukur apabila masih ramai yang berhati mulia memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Sissy.
Kasih sayang tanpa syarat. Berlinang air mata aku tanpa membaca komen dan doa yang baik tanda sokongan kepadanya. Masya-Allah, aku hanya mampu berdoa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.