“Kenapa Abah Choose Bad Girl?” – Anak Perempuan Tahu Isu Curang, Menangis Fikir Hafidz Roshdi Pilih Athira?

Hiburan

“Kenapa Abah Choose Bad Girl?” – Anak Perempuan Tahu Isu Curang, Menangis Fikir Hafidz Roshdi Pilih Athira?

Sedia maklum, masalah rumah tangga yang dihadapi oleh pelakon Hafidz Roshdi serta isteri, Nurul Shuhada boleh dikatakan agak teruk hingga pelakon tersebut didakwa menumbuk Shuhada akibat hilang sabar.

Terbaharu, Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu ada memuat naik hantaran status di Instagram Story memaparkan perbualannya bersama anak perempuan, Humairah.

Advertisement

Melalui perkongsiaan itu, Humairah meluahkan rasa sedih kerana abahnya lebih memilih wanita lain daripada keluarga sendiri.

status shuhadaSumber : xtra 

Bukan saja berasa sedih, malah anak kecil itu juga berasa hairan dan terfikir-fikir kenapa Hafidz lebih memilih Athira yang juga digelarkan sebagai perempuan jahat.

 Ibu, kenapa abah tak choose sister, Umar and ibu? Kenapa abah choose bad girl?

Susulan tahu anak berasa sedih atas situasi yang berlaku, Shu menjelaskan bahawa dia akan sentiasa bersama dengan kedua-dua anaknya walau apapun yang berlaku.

Sekadar info, Shuhada ada memuat naik hantaran bahawa dirinya berasa kecewa kerana dikhianati oleh keluarga mentua yang membenarkan Hafidz untuk berkahwin dengan Athira tanpa pengetahuannya.

1 year ago

“Keluarga Benarkan Hafidz Kahwin Tanpa Izin Saya” - Shuhada Beri Kenyataan Balas, Hafidz Sudah Nikah Dengan Athira

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...