“Keluarga Benarkan Hafidz Kahwin Tanpa Izin Saya” – Shuhada Beri Kenyataan Balas, Hafidz Sudah Nikah Dengan Athira

Trending

“Keluarga Benarkan Hafidz Kahwin Tanpa Izin Saya” – Shuhada Beri Kenyataan Balas, Hafidz Sudah Nikah Dengan Athira

Setelah agak lama mendiamkan diri, hari ini pelakon Hafidz Roshdi bersuara berhubung kemelut rumah tangganya bersama Nurul Shuhada.

Menerusi Instagram, aktor itu telah memuat naik surat terbuka dan turut menuntut Shuhada membuat permohonan maaf kepadanya dan keluarga.

Advertisement

Shuhada Hafidz roshdi surat terbuka
1 year ago

"Shu, Saya Jaga Erat Segala Aib Awak" - Hafidz Roshdi Buat 'Surat Terbuka' Buat Shuhada, Tuntut Permohonan Maaf

Terbaru, Shuhada turut berbuat perkara yang sama, memuat naik kenyataan balas terhadap surat terbuka daripada Hafidz.

Tidak mendiamkan diri, ibu kepada dua anak itu menjelaskan bahawa tindakannya sebelum ini yang memuat naik pelbagai kenyataan di media sosial itu adalah tanpa mengetahui kedudukan undang-undang.

Bukan itu sahaja, Shuhada turut meluahkan kekecewaannya dikhianati selepas mengorbankan masa depannya demi untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga suami dan anak-anak.

Dia turut berkata apa yang berlaku (yang membuatkannya nekad untuk berpisah) berlaku tanpa pengetahuannya tetapi keluarga mentua pula tahu malah membenarkan ia berlaku.

Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...