Kenangan Rumah Terbuka #NNRaya Ditemani Keharuman Ambi Pur

Hiburan

Kenangan Rumah Terbuka #NNRaya Ditemani Keharuman Ambi Pur

Syawal yang lalu, tak banyak ‘open house’ yang sempat Abang Nara hadiri. Biasalah agak sibuk dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami. Kalau nak keluar tinggalkan wife dengan 2 orang anak, terasa kasihan pulak kat dia. Namun begitu, apabila mendapat undangan untuk ke #NNRaya Open House, hati ini teringin sangat nak pergi. Dengan membuat muka comel ala-ala Zul Ariffin, Abang Nara berjaya memujuk wife tercinta.

ambi pur

Advertisement

Tujuan Abang Nara pergi ke #NNRaya Open House ini tak lain tak bukan ialah untuk bertemu kawan-kawan blogger yang lain. Iyerlah, semua sekarang sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing-masing. Nak berjumpa memang susah. Sekali-sekala bila ada event macam ini, barulah nampak batang hidung. Seronok sangat bila dapat jumpa kawan blogger seperti Redmummy, Zaid, Ruby, Namee dan ramai lagi di #NNRaya Open House. Bersembang tak ingat dunia. Masing-masing berkongsi cerita masing-masing.

ambi pur

Kalau dah open house mestilah ada makanan yang sedap kan? Antara banyak-banyak juadah yang disediakan, Abang Nara sehingga ke hari ini masih terbayang kelazatan kambing panggang. Pergh~~ Rasa dia memang power lebih-lebih bila cicah dengan sos. Memang terangkat. Seekor kambing habis sekejap je. Memang tak cukup. Itulah sapa suruh buat sedap sangat. Beratur orang nak makan. Nasib baik Abang Nara antara yang terawal sampai. Dapatlah tambah 2,3 kali. Hehehe. Burp kenyang Alhamdulillah.

ambi pur

Menariknya walaupun asap daripada kambing panggang ini masuk ke dalam kawasan dalam open house ini dilakukan, rumah tersebut masih lagi berbau wangi dan harum semerbak. Mula-mula Abang Nara tertanya-tanya juga apakah rahsia kewangian yang berkekalan itu. Rupa-rupanya #NNRaya Open House dilengkapi dengan wangian Ambi Pur di setiap sudut rumah. Patutlah Abang Nara rasa macam kenal je bau tue. Iyerlah, kat rumah Abang Nara pun memang ada 3,4 botol wangian Ambi Pur untuk mengekalkan keharuaman dan kesegaran rumah. Feveret Abang Nara sudah tentulah haruman Lavender seperti yang pernah Abang Nara ceritakan dulu.

ambi pur

Selaku salah satu penaja utama #NNRaya Open House, Ambi Pur telah mengadakan pertandingan untuk lebih menceriakan para blogger yang hadir. Memang tergelak berdekah-dekah Abang Nara tengok gaya blogger-blogger yang masuk pertandingan tue. Ala, kena buat aksi dengan botol Ambi Pur yang diberikan. Masing-masing memang kreatif. Ada buat ala James Bond, ada yang buat macam Charlie’s Angel, ada buat drama pendek dan macam-macam lagilah. Seronok Abang Nara tengok keletah diorang nie.

ambi pur

James Bond pakai jubah

ambi pur

Charlie’s Angel versi lelaki + perempuan

Paling seronok sudah tentu para tetamu yang hadir kerana dapat merasai sendiri kewangian dan keharuman Ambi Pur. Abang Nara yakin ramai yang balik ke rumah selepas itu akan berhenti kejap untuk dapatkan Ambi Pur. Iyerlah, dah bau sekali, mesti nak bau terus-menerus. Abang Nara suka sebab baunya tak kuat sangat. Sedap-sedap je.

ambi pur

Sesungguhnya #NNRaya Open House untuk Syawal yang lalu amat meriah dengan kehadiran ramai blogger dan juga sangat segar kerana kami ditemani oleh Ambi Pur sepanjang hari. Harap tahun depan boleh buat dan jemput Abang Nara lagi. Yang pasti, kawan-kawan blogger Abang Nara semuanya gembira kerana dapat bertemu muka, berborak mengeratkan silaturahim dan dapat ber’pose’ ambil gambar. Hehehe.

ambi pur

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...