Kenali Fakhirah Khairuddin, Jurutera Muda Bekerja Di Syarikat Besar TESLA

Kehidupan

Kenali Fakhirah Khairuddin, Jurutera Muda Bekerja Di Syarikat Besar TESLA

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Fakhirah Khairuddin menjadi perhatian orang ramai apabila dia diterima bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat automotif  terkenal dunia iaitu TESLA.

3 years ago

Anak Muda Dapat Anugerah Peringkat Antarabangsa Harumkan Nama Negara

Advertisement

Mendapat pendidikan di MRSM Kota Putra yang menawarkan program Ulul Albab 

Memetik laporan Mstar Online, anak muda berusia 25 tahun ini merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra, Besut Terengganu yang menawarkan program Ulul Albab.

Ianya merupakan pendidikan integrasi antara program yang sedia ada, sistem pendidikan MRSM serta aliran agama termasuklah tahfiz Al-Quran. Wow, hebatnya!

Menerusi perkongsian Richard Ker di Facebook, Fakhirah pernah melanjutkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti California, San Diego dengan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Tamat saja pengajian pada 2019, dia kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang kejuruteraan mekanikal di tempat yang sama dengan tajaan sepenuhnya daripada University California.

Bergelar jurutera di usia muda

Pada usianya yang muda, anak kelahiran Alor Setar ini sudah menggalas tanggungjawab yang besar sebagai Pengajar Jurutera Teknik Latihan Robotik di syarikat tersebut selain mengajar robotik FANUC dan KUKA kepada jurutera dan juruteknik di TESLA.

Untuk memikul tanggungjawab di sebuah syarikat yang besar itu memerlukan beberapa pengalaman dalam bidang kejuruteraan selain akademik yang cemerlang.

Pengalaman di usia muda

Pengalaman yang diperoleh oleh wanita muda ini ketika berada di Amerika Syarikat ialah bekerja sebagai jurutera pembangunan populasi di Universiti California dimana bertugas menulis kod matlab untuk mengkaji keadaan haba enjin roket.

Selain itu, dia juga pernah memenangi tempat pertama di Northrop Grumman System Engineering Challenge pada 2019 hasil penampilan projek lengan robotik yang direka olehnya. Apa yang lebih mengagumkan, dia turut bersaing dengan 50 pasukan yang lain ketika pertandingan tersebut.

Jurutera bekerja di syarikat TESLA

Bukan itu saja, dia juga merekacipta quadcopter, casing sensor dan gear pendaratan di Solidworks dan menunjukkan konsep terbaharu itu melalui ujian cetakan 3D.

Sikap kepimpinannya juga turut menjadi perhatian apabila dia menjadi ketua pasukan dan menerajui penyelidikan dan pengembangan Projek Hexacopter dengan University of California, San Diego.

Jadi, tidak hairanlah jika TESLA mengambil Fakhirah untuk bekerja di syarikat gergasi itu dalam bidang automotif.

Dalam pada itu menerusi perkongsian Dr. Zulkifli Hussain di Facebook, beliau menyatakan bahawa Fakhirah merupakan salah satu pelajar yang boleh dicontohi dan menjadi inspirasi untuk semua orang.

Semoga perkongsian kejayaan ini dapat dijadikan inspirasi untuk anak muda dalam membina kerjaya masing-masing.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...