Anak Muda Dapat Anugerah Peringkat Antarabangsa Harumkan Nama Negara

Trending

Anak Muda Dapat Anugerah Peringkat Antarabangsa Harumkan Nama Negara

Kebanyakan anak muda pada masa sekarang mempunyai hobi yang memberi manfaat kepada mereka dan orang sekeliling seperti dalam menghasilkan video. Content yang dihasilkan juga memainkan peranan penting supaya dapat memberi kebaikan kepada orang ramai.

Rasanya ramai yang mengenali anak muda iaitu Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian yang cukup popular dengan video-videonya yang kreatif.

Advertisement

Menerusi laman Instagram miliknya, dia telah dinobatkan sebagai pemenang dalam Anugerah Antarabangsa The Extra Mile Award.

Dia cukup berterima kasih kepada Zach King, individu yang memberi inspirasi kepadanya kerana memberi peluang kepada dia dan rakan-rakan yang lain untuk berkongsi hasil kreativiti mereka dalam membuat video.

Tidak lupa juga Sofian juga berterima kasih kepada rakan-rakannya yang lain kerana bantu menyumbang idea untuk mereka hasilkan video-video yang menarik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah atas pencapaiannya di peringkat antarabangsa. Ini juga sekaligus dapat mengharumkan nama negara Malaysia kerana memiliki anak muda yang cukup berbakat.

Sebelum ini, Sofian pernah berkolaborasi dengan artis antarabangsa Will Smith untuk menghasilkan video pendek dan pernah bertemu dengan idolanya sendiri iaitu Zach King.

Tahniah Sofian!

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...