Kenal Orang Baru, Shuib Dikecam Terlalu Awal Cari Jodoh

Hiburan

Kenal Orang Baru, Shuib Dikecam Terlalu Awal Cari Jodoh

Selepas hampir lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib baru-baru ini mengakui sedang mengenali seorang wanita.

Namun, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, telah menjadi sasaran kecaman netizen apabila disifatkan masih terlalu awal untuk bicara soal jodoh.

Advertisement

Menurut Shuib, 37, dia tidak kisah dengan pandangan netizen kerana sudah lali dengan situasi berkenaan.

Bab kena kecam ni saya tak kisah orang nak cakap apa sebab yang rasa itu saya, saya tak boleh tutup mulut orang.

Jelas Shuib, dia tidak perlu mengambil kira pandangan orang lain selain ibu dan keluarganya sahaja.

Contoh saya kata sudah lima bulan ni nak cari jodoh, nanti orang kata dulu beria-ria sedih sangat sekarang macam cepat sangat nak cari jodoh.

Tambahnya lagi, dia tidak perlu dengar pendapat orang lain kerana yang ada bersama dengannya bukan netizen, tetapi keluarga.

Kalau saya menangis tertonggeng di rumah tak ada netizen datang bertanya khabar, saya okey atau tidak.

Dalam pada itu, Shuib turut memaklumkan ramai wanita yang mahu berkenalan dan menghantar mesej di laman sosial, bagaimanapun dia mengambil langkah untuk tidak mengambil serius perkara tersebut.

2 years ago

"Ada Kenal Orang Baru, Saya Serahkan Pada Allah" - Shuib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...