“Kena Tundukkan Dia, Itu Hak Kita” – Pelakon Mengaku Ada Baca ‘Jampi’ Ketika Sediakan Makanan Suami, Rupa-Rupanya..

Hiburan

“Kena Tundukkan Dia, Itu Hak Kita” – Pelakon Mengaku Ada Baca ‘Jampi’ Ketika Sediakan Makanan Suami, Rupa-Rupanya..

Pelakon dan juga usahawan selebriti, Datin Thalia mengaku dia ada membaca sedikit ‘jampi’ ketika menyediakan makanan buat suami dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan antara mereka.

Thalia mengaku ada guna ‘jampi’

Ujar Thalia, ‘jampi’ yang dimaksudkan adalah doa yang diajar oleh ustaz iaitu menggunakan ayat suci al-Quran.

Advertisement

Ya saya memang mengaku baca jampi, memanglah kita kena tundukkan dia (suami), itu hak kita. Bagi saya, memang akan pertahankan suami saya dan tawan hati melalui air tangan.

Saya tahu dosa pahala, Alhamdulillah. Saya hanya amalkan selawat dan zikir Ya Latif setiap kali masak. Itu memang rutin saya.

Katanya lagi, selain mengamalkan zikir dan bacaan al-Quran, dia juga sangat mementingkan kebersihan ketika menyediakan makanan agar ia sedap dan diberkati.

@the.vokal

Yes Saya Jampi Datin Thalia memberi penjelasan dakwaan konon membaca jampi ketika masak dalam klip yang tular baru-baru ini. Video: Vokalis Jom join kami. Suara Semua Orang. Jom let’s lekas now, Join telegram channel kami https://t.me/TheVokalProduction #thevokal #vokal #videovokal #current #trending #popular

? original sound – theVokal – theVokal

Thalia yang pernah membintangi drama Seindah Sakura itu tampil menjelaskan perkara itu setelah tular satu video memaparkan dia mengaku membaca jampi setiap kali memasak sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

Gara-gara ‘jampi’ itu, Thalia menerima kecaman malah ada yang menuduhnya mengamalkan syirik dan menyekutukan Allah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astilahh
1 month ago

"Banyak Kerja Nak Kena Buat, Nak Sara Anak-Anak" - Video Bella Astillah Naik Motosikal Buat 'Delivery' Barang Undang Sebak Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : ohbulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...