“Banyak Kerja Nak Kena Buat, Nak Sara Anak-Anak” – Video Bella Astillah Naik Motosikal Buat ‘Delivery’ Barang Undang Sebak Netizen

Hiburan

“Banyak Kerja Nak Kena Buat, Nak Sara Anak-Anak” – Video Bella Astillah Naik Motosikal Buat ‘Delivery’ Barang Undang Sebak Netizen

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerusi satu hantaran di Instagram ada berkongsi video promosi satu produk makanan sekaligus menuai pelbagai respon dalam kalangan peminat.

Dalam video tersebut, pelakon kecil molek ini dirakam menaiki skuter dan sibuk menghantar pesanan pelanggan yang memesan produk makanan itu.

Advertisement

Video Bella Astillah buat ‘delivery’ jadi tumpuan

Menulis kapsyen ‘Nahh kena kerja keras, banyak mahu diselesaikan’, video tersebut membuatkan peminat memuji kecomelan Bella dan anak-anaknya yang turut bersama-sama dalam penggambaran iklan tersebut.

Ramai netizen mendoakan yang terbaik

Tulis netizen, mereka berasa sebak melihatkan anak-anak Bella yang terpaksa terlibat dalam konflik rumah tangga ibu bapa mereka.

Ada juga yang memuji semangat Bella mencari rezeki untuk anak-anak meskipun terpaksa menghadapi ujian dalam rumah tangga yang dibina bersama aktor, Aliff Aziz.

Auto sebak thok tgok bella dgn ank2.. Moga bella terus kuat demi ank2.. Moga ank2 bella mnjadi anak2 yg soleh solehah.

Ibu yang strong…semoga dipermudahkan semua urusan utk bella..

Terdahulu, Bella dilaporkan telah memfailkan cerai secara ekspres terhadap suaminya, pelakon Aliff Aziz susulan kes tangkapan khalwat aktor itu bersama aktres Ruhainies baru-baru ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ruhainies
1 month ago

"Hanya Saja Allah Menutup Aibku" - Ruhainies 'Like' Hantaran Ibu Aliff Aziz Di Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...