Pelakon dan juga usahawan selebriti, Datin Thalia mengaku dia ada membaca sedikit ‘jampi’ ketika menyediakan makanan buat suami dengan tujuan mengeratkan lagi hubungan antara mereka.
Thalia mengaku ada guna ‘jampi’
Ujar Thalia, ‘jampi’ yang dimaksudkan adalah doa yang diajar oleh ustaz iaitu menggunakan ayat suci al-Quran.
Ya saya memang mengaku baca jampi, memanglah kita kena tundukkan dia (suami), itu hak kita. Bagi saya, memang akan pertahankan suami saya dan tawan hati melalui air tangan.
Saya tahu dosa pahala, Alhamdulillah. Saya hanya amalkan selawat dan zikir Ya Latif setiap kali masak. Itu memang rutin saya.
Katanya lagi, selain mengamalkan zikir dan bacaan al-Quran, dia juga sangat mementingkan kebersihan ketika menyediakan makanan agar ia sedap dan diberkati.
@the.vokal Yes Saya Jampi Datin Thalia memberi penjelasan dakwaan konon membaca jampi ketika masak dalam klip yang tular baru-baru ini. Video: Vokalis Jom join kami. Suara Semua Orang. Jom let’s lekas now, Join telegram channel kami https://t.me/TheVokalProduction #thevokal #vokal #videovokal #current #trending #popular
Thalia yang pernah membintangi drama Seindah Sakura itu tampil menjelaskan perkara itu setelah tular satu video memaparkan dia mengaku membaca jampi setiap kali memasak sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.
Gara-gara ‘jampi’ itu, Thalia menerima kecaman malah ada yang menuduhnya mengamalkan syirik dan menyekutukan Allah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.