Pasti ramai yang terkejut dengan pendedahan terbaru isteri Shuk Sahar mengenai seorang wanita yang berterusan mengganggu rumah tangga mereka sehingga kini.
Malah Rossalennah Natassyiah mendedahkan bahawa dia mengizinkan suaminya itu untuk berkahwin lain namun dengan syarat supaya menerima dirinya dan juga anak-anak mereka.
View this post on Instagram
Balas Shuk mengenai perkongsian isterinya itu, dia perlu berfikir secara rasional dan mendalam sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan rumah tangganya.
“Apabila isteri izinkan tu, kena tahu dia betul-betul izin atau macam mana. Kena ambil tahu konteks. Jadi saya tak akan ambil kesempatan, apabila isteri cakap begitu maka saya sendiri kena fikir daripada semua aspek.”
Ditanya kenapa wanita itu mengizinkan Shuk Sahar berkahwin lain, dia mengatakan ia bagi mengelak perkara tidak dimahukan berlaku sehingga boleh menjejaskan nama keluarga mereka.
Dalam pada itu, Rossalennah menceritakan bahawa dia bertindak memuat naik pelbagai tangkapan skrin di media sosial miliknya baru-baru ini kerana ternampak mesej di antara wanita dikenali itu dengan suaminya.
“Mesej tu ada yang baru dan lama… lepas tu saya post di media sosial. Masa tu emosi terganggu dan dalam keadaan marah. Saya nampak mesej tu dalam telefon Shuk.”
Apa pun, semoga pasangan ini dapat menemui bahagia mereka.