“Kena Saman Ni Kang” – Kata ‘Baka Neelofa’ Buat Bilik Hotel ‘Hancur’, Netizen Beri ‘Warning’ Pada ‘Housekeeping’

Kehidupan

“Kena Saman Ni Kang” – Kata ‘Baka Neelofa’ Buat Bilik Hotel ‘Hancur’, Netizen Beri ‘Warning’ Pada ‘Housekeeping’

Jika ikutkan common sense, setiap kali selepas kita menginap di sesebuah hotel, kita pasti akan mengemas sikit bilik yang diduduki agar memudahkan pekerja-pekerja di situ untuk mengemas.

Bagaimanapun, video yang tular baru-baru ini di platform TikTok lain pula jadinya. Di dalam video berkenaan kelihatan satu keluarga membiarkan bilik yang diduduki ‘bersepah’ selepas check out dari hotel berkenaan.

Advertisement

Kerana ‘tergamam’ melihat keadaan bilik yang tidak serupa bilik itu, pekerja disana telah memuat naik satu video bagi menunjukkan kepada orang ramai apa yang telah ‘keluarga’ terbabit lakukan.

Di dalam video berkenaan, lelaki terbabit telah meletak satu ayat mengatakan keluarga yang menginap dalam hotel itu merupakan ‘baka-baka Neelofa’. Oleh kerana itu, ramai netizen meninggalkan komen amaran serta persoalan.

Difahamkan dari ruangan komen, apa yang membuatkan lelaki terbabit berkata sedemikian kerana keluarga yang menginap itu merupakan orang Kelantan.

komen tiktok

Bagaimanapun, reaksi daripada warganet pula lain kerana mereka tertanya kenapa perlu menyebut nama selebriti berkenaan tanpa ada kaitan dengan apa yang berlaku dan itu seperti akan memakan diri sendiri jika pihak Neelofa menyamannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

muka cantik tapi pengotor
2 years ago

"Bila 'Dating' Kemain Lawa!" - Bilik Macam 'Tongkang Pecah', Gadis Bengang 'Roomate' Pengotor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...