Baru-baru ini, penampilan selebriti media sosial, Viviana Abdullah dipuji ramai apabila dia tampil dengan gaya yang kacak untuk menyambut hari jadinya yang ke-39.
Melalui hantaran di Instagram, Viviana atau nama sebenarnya Wan Marzuki Wan Daud mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana menyambut ulang tahun kelahiran dengan penuh istimewa di sebuah hotel di ibu kota.
View this post on Instagram
Jika dilihat dalam foto yang di muat naik, Viviana mengenakan baju serba putih bersama cermin mata dan itu memang berbeza dengan penampilannya yang selama ini dipaparkan di media sosial.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seperti tidak menyangka apa yang sudah dilihat serta memuji ketampanan Viviana apabila mempergayakan pakaian lelaki.
Dalam pada masa yang sama, netizen turut tidak lupa untuk meninggalkan ucapan hari lahir buat selebriti tersebut dan memuji wajah ibunya yang kelihatan awet muda.
Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.