“Kemudahan Penjara Tak Dapat Tampung Fizikalnya” – Peguam Mohon Mahkamah Pertimbang Saiz Badan & Kesihatan Siti Bainun

Trending

“Kemudahan Penjara Tak Dapat Tampung Fizikalnya” – Peguam Mohon Mahkamah Pertimbang Saiz Badan & Kesihatan Siti Bainun

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas didapati bersalah mengabai dan mendera remaja sindrom Down, Bella.

Hakim perbicaraan Izralizam Sanusi turut memerintahkan Pengasas Rumah Bonda itu melakukan khidmat masyarakat selama 200 jam selepas selesai hukuman penjara serta tandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun.

Advertisement

Terdahulu, Parlimen telah meluluskan pindaan kepada Akta Kanak-kanak 2001 bagi memastikan kesalahan penderaan kanak-kanak dikenakan hukuman berat jika sabit kesalahan.

Kepentingan awam mesti dipertimbangkan dalam kes ini. Kecederaan Bella serius dan meninggalkan parut pada dirinya dan juga fizikal.”

Menegaskan apa yang dilakukan Bainun terhadap Bella kejam apatah lagi dia merupakan aktivis dalam kebajikan kanak-kanak tetapi telah melanggar amanah diberikan.

Peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf dilaporkan merayu agar dia diberikan hukuman ringan tanpa penjara atau tempoh tahanan singkat kerana dikatakan telah insaf selain memberi alasan “kemudahan penjara semasa tidak dapat menampung seseorang seperti fizikalnya”.

Ini disebabkan saiznya yang besar dan (masalah) kesihatan. Hukuman penjara yang panjang akan menjejaskan kesihatan tertuduh.”

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria bagaimanapun memohon hukuman untuk pencegahan kerana kecederaan Bella adalah serius hingga menyebabkan parut pada badannya kekal sepanjang hayat.

Izralizam kemudian menolak rayuan Siti Bainun untuk tangguh hukuman penjara tersebut dan diperintah jalani hukuman itu bermula pada hari ini.

2 years ago

Akhirnya! Mahkamah Putuskan Siti Bainun Bersalah Abai & Aniaya Adik Bella

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...