Akhirnya! Mahkamah Putuskan Siti Bainun Bersalah Abai & Aniaya Adik Bella

Trending

Akhirnya! Mahkamah Putuskan Siti Bainun Bersalah Abai & Aniaya Adik Bella

Selepas hampir 2 tahun kes ini menjadi perhatian ramai, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali hari ini didapati bersalah terhadap dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella.

Hakim Izralizam Sanusi mensabitkan Siti Bainun, 31, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Advertisement

Bainun hadir ke Mahkamah Sesyen jam 8.20 pagi tadi untuk mendengar keputusan akhir itu memakai baju kuning dan berseluar hitam ditemani seorang wanita.

Sebelum ini, Bainun diarah untuk membela diri di atas dua pertuduhan terhadap remaja berusia 13 tahun itu yang telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Tertuduh berdepan dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Keputusan hukuman bakal diputuskan oleh mahkamah sebentar lagi selepas pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan dan rayuan masing-masing.

1 year ago

"Saya Hilang Segala-Galanya" - Siti Bainun Akui Hidup Musnah Lepas Kes Bella Tular

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...