September 28th, 2015

Sejak tersebarnya beberapa foto Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson keluar bersama baru-baru ini, ramai yang mengatakan mereka kelihatan cukup mesra  dan menyangka mereka sebenarnya sedang bercinta.

Menjadi topik yang cukup hangat di kalangan peminat industri hiburan tempatan, Zahirah yang juga anak kepada bekas pembaca berita serta pelakon Zainol Macwilson menjelaskan beliau dan Zul hanya sekadar kawan biasa.

Malah, hari ini Zul juga telah tampil dengan kenyataan yang sama dan sekaligus menafikan mereka sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Sebenarnya, kami tiada sebarang hubungan istimewa pun. Baru-baru ini, saya hanya terserempak dengan dia (Zahirah) secara kebetulan di One Utama, ketika saya baru keluar dari sebuah gimnasium. Saya kenal dia, jadi saya tegurlah. Bagi saya itu bukan satu kesalahan.

Kami hanya rakan dalam bidang seni hiburan ini, tidak lebih daripada itu. Kebetulan pula, kami sama-sama terlibat dalam sebuah drama bertajuk Mr. London Ms. Langkawi sebelum ini. Jadi kalau saya terserempak dengan dia di mana-mana, tidak salah saya menegur kerana kami saling mengenali.

Kerana foto itu juga ramai yang mempersoalkan status hubungan Zul Ariffin dan kekasihnya Gayatri Su Lin Pillai. Adakah mereka sudah putus cinta? Jelas Zul, beliau dan Gayatri tidak mempunyai sebarang masalah dan menyifatkan kekasihnya itu sebagai seorang yang memahami kariernya.

Dia lebih tahu siapa saya sebenarnya. Dia faham kerjaya saya sebagai seorang pelakon dan hubungan kami baik-baik sahaja. Hampir empat tahun bersamanya, hubungan kami semakin erat. Doakan sahajalah yang terbaik buat kami berdua.

Kedua-dua nama ini sedang meningkat naik dalam industri lakonan dan mempunyai peminat mereka tersendiri. Apa-apa pun, Zul dan Zahirah sudah menjelaskan hubungan mereka yang sebenar dan harapnya tiada lagi pihak yang salah faham.

Sumber Berita: Kosmo!


Comments are closed.

Loading...