“Kembang Tekak Weh..” – Lelaki Ini Masak Nasi Goreng Atas Tilam, Pakai Seterika Demi Konten Media Sosial

Kehidupan

“Kembang Tekak Weh..” – Lelaki Ini Masak Nasi Goreng Atas Tilam, Pakai Seterika Demi Konten Media Sosial

Jika ingin menjamah sesuatu makanan, pastinya kita akan menyediakan juadah dengan cara yang terbaik atau membelinya di gerai makanan yang bersih dan diyakini halal bagi orang Islam.

Seolah menjadi ‘trend’ apabila ramai yang bergelar ‘cef jadian’ apabila masing-masing menunjukkan bakat memasak demi konten media sosial.

Advertisement

Jika di Malaysia kita ada Khairul Aming, di Jepun pula tular mengenai seorang lelaki yang gemar berkongsikan video dia memasak namun dengan cara yang sedikit ‘mual’ dan ‘kembang tekak’ buat mereka yang melihatnya.

Difahamkan, individu bernama Haritsuu ini merupakan warga Indonesia tetapi menetap di Jepun.

Dalam sebuah video miliknya, dia ada berkongsi resipi memasak nasi goreng beserta ayam namun yang peliknya, dia tidak menggunakan dapur sebaliknya tilam sebagai alas dan juga seterika untuk menyediakan juadah tersebut.

Malah, ramuan untuk memasak nasi goreng itu seperti bawang putih dan cili tidak dihiris seperti kebiasaan menggunakan pisau sebaliknya dia menggigit menggunakan mulut sebelum meludahkannya kembali ke atas tilam yang berfungsi sebagai ‘dapur’ itu.

Kemudian dia menekap nasi tersebut menggunakan seterika pula. Aneh-aneh ya!

masak nasi pakai tilam dans eterikaSumber : TikTok 
masak nasi goreng atas tilamSumber : TikTok 

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai yang berasa mual dan kembang tekak dengan video-video memasak yang dikongsikan oleh pemuda tersebut.

Namun, ada juga yang beranggapan bahawa apa yang ditunjukkan adalah hanya untuk konten semata-mata namun tetap tidak bersetuju dengan cara lelaki ini menyediakan makanan.

Antivaksin
3 years ago

(VIDEO) "Lain Macam Pekat Dia.." - Dakwa Ada 'Virus HIV' Dalam Vaksin, Wanita Ini Teruk Dihentam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...