(VIDEO) “Lain Macam Pekat Dia..” – Dakwa Ada ‘Virus HIV’ Dalam Vaksin, Wanita Ini Teruk Dihentam Netizen

Kehidupan

(VIDEO) “Lain Macam Pekat Dia..” – Dakwa Ada ‘Virus HIV’ Dalam Vaksin, Wanita Ini Teruk Dihentam Netizen

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan seorang wanita mendakwa terdapat virus HIV dalam vaksin COVID-19 terutamanya dos penggalak.

Kata wanita itu, dia merasakan bahawa virus COVIC-19 ini sebenarnya tidak wujud dan dia juga khabarnya telah menghantar surat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mendapatkan bukti bahawa COVID-19 ini bukanlah sekadar bakteria atau virus, namun tidak dibalas.

Advertisement

Ujarnya dalam video tersebut, terdapat beberapa perkara yang diselindung oleh kerajaan mengenai hal sebenar di sebali COVID-19 ini dan ianya seperti dirancang oleh pihak-pihak tertentu.

Tambah wanita itu lagi, vaksin berstatus halal sebenarnya tidak pernah wujud dan dia turut ‘memetik’ kajian daripada sumber yang tidak dapat dipastikan yang mengatakan bahawa vaksin COVID-19 ini mempunyai sel binatang malah turut dimasukkan pelbagai virus kedalamnya seperti contoh, virus HIV.

Komen twitterSumber : Twitter  

Malah, dia turut menggesa orang ramai yang menerima suntikan vaksin COVID-19 terutamanya dos penggalak untuk membuat ujian pengesanan HIV kerana menurutnya sudah ramai yang dilaporkan telah dijangkiti penyakit itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya merasakan wanita itu sekadar bercakap ‘merapu’ dan hanya mendengar daripada sumber yang tidak tepat,  kemudian menyampaikan info yang salah dan mengelirukan kepada masyarakat.

Ramai juga yang menganggap wanita itu seolah-olah ‘baru bangun dari tidur’ kerana wabak COVID-19 ini secara terang-terangan telah meragut ramai nyawa semenjak ianya menular di seluruh dunia sekitar tahun 2019 yang lalu.

Kahwin Siam
9 bulan lalu

"Apa Keb*dohan Ni?" - Pelajar Hangat Bercinta Rancang Kahwin Di Siam, Sanggup Abai Ibu Bapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Lucy

    March 24, 2022 at 7:02 am

    Siapa makcik tu? Doktor? Saintis? Pakar? Pernah handle pesakit covid x? Sembang je lebih.

  2. Mat Aussien

    February 27, 2022 at 9:52 pm

    biasa la org melayu agama islam suka sembang2 cmni

  3. Kai

    February 27, 2022 at 6:59 pm

    Saya positif covid 4 minggu lalu..alhamdulilah kerana dah amek vaksin, alahan tak teruk sangat. Saya pon cukup prihatin pabila ibu yang sudah 70 tahun pon positive. Tapi kerana ibu sudah lengkap dgn booster. Dia maseh kuat buat keje. Masak. Kami 3 org pat umah semua kena dlm satu masa jadi tak payah isolation. Buat jer keje macam biasa cuma tak boleh keluar rumah jer.

  4. Anon

    February 27, 2022 at 6:27 pm

    Buktikan virus wujud? Pergilah tanya doktor sendiri..boleh je diorang jawab, xkan selindung2..nothing to hide la sis..tinggal awak percaya ke tidak je

Loading...