Tular di media sosial Twitter hari ini apabila sebuah akaun mendedahkan mengenai pengalaman seorang individu membeli sup perut yang dipenuhi najis.
Dalam hantaran tersebut, individu itu mendakwa dia telah membeli sup perut tersebut dengan harga RM20 untuk dimakan di rumah.
Ketika di rumah, individu itu kemudiannya memanaskan sup perut namun terbau bau yang tidak menyenangkan ketika menyediakan hidangan tersebut untuk dimakan.
beli sup perut rm20. kononnya kedai tu ramai org kata sedap. jd kita pun terliur try lah beli bungkus nk makan kt rumah,time nk panaskan sup tu bau busuk. tgk2 ada 2 ketul perut bulat penuh taik call peniaga dia ckp tu lemak dlm perut, mcm lah kita ni x pandai beza lemak dgn taik pic.twitter.com/Rpi0Mssz2N
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) May 29, 2022
Setelah diperiksa, 2 ketul bahagian perut dalam sup tersebut dipenuhi najis yang tidak dicuci.
Individu itu kemudiannya bertindak menghubungi peniaga berkenaan dan penjual sup perut itu mendakwa ia bukannya najis tetapi lemak.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berasa ‘murung’ dan loya melihat foto sup perut yang dipenuhi najis tersebut.
Ada netizen menyuruh individu itu untuk membawa sup perut tersebut ke kedai tersebut dan menunjukkan keadaan sebenar kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan.
“Lain kali bungkus balik, bawak pergi kedai tu. Suruh penjual tu makan depan-depan sebab dia claim tu lemak. Badigol punya orang.” komen seorang netizen.
Menjijikkan! Harap peniaga lebih berhati-hati dalam menyediakan makanan supaya tidak membahayakan kesihatan orang lain.