(VIDEO) “Seram…” – Tak Perasan CCTV, Lelaki Kantoi Curi Baju Dalam Wanita Di Ampaian

Kehidupan

(VIDEO) “Seram…” – Tak Perasan CCTV, Lelaki Kantoi Curi Baju Dalam Wanita Di Ampaian

Kecoh di media sosial apabila sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki ‘kantoi’ mencuri baju dalam di ampaian yang diletakkan di hadapan sebuah rumah.

Dalam video tersebut, seorang lelaki berpelitup muka telah memasuki kawasan rumah dan mendekati ampaian kain sebelum mengambil sehelai baju dalam yang disangkut di ampaian berkenaan.

Advertisement

Setelah dapat apa yang dikehendaki, lelaki itu segera melarikan diri tanpa menyedari ada kamera litar tertutup yang sedang merakam aksinya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa seriau kerana masih ada yang berani melakukan perbuatan itu dan seolah-olah tidak takut akan undang-undang.

Facebook

Ada juga yang meninggalkan pesanan agar orang ramai khususnya kaum wanita untuk segera mengangkat jemuran dan tidak membiarkan semalaman di luar bagi mengelakkan perkara seperti itu berlaku.

Ini berikutan ramai yang bimbang jika baju-baju yang dicuri itu digunakan untuk perkara yang tidak elok.

“Kenapa la benda-benda peribadi sidai kat luar sampai malam. Tak berpagar pulak tu?” komen seorang netizen.

Risau la kan macam-macam sekarang ni..

video facebook mak guard mengamuk
2 years ago

(VIDEO) Tunjuk Isyarat Lucah, 'Mak Guard' Dirakam Memaki Hamun Warga Emas Ketika Bertugas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...