Kembali Bersatu Dengan Zamarul Adalah Hadiah Terbesar Buat Saya – Diana Rafar

Hiburan

Kembali Bersatu Dengan Zamarul Adalah Hadiah Terbesar Buat Saya – Diana Rafar

Rupa-rupanya 9 Mei yang lalu adalah hari jadi Diana Rafar. Sesungguhnya tiada hadiah yang lebih besar daripada pernikahan semula Diana dan Zamarul yang bakal berlangsung pada 14 Mei ini (hari ini). Pada mulanya tarikh pernikahan pertama mereka iaitu 16 Mei dipilih namun kerana tarikh tersebut jatuh pada hari Sabtu, maka mereka berdua akan disatukan kembali hari ini. Tak kisahlah mana-mana tarikh, yang penting hubungan mereka kembali semula sebagai suami isteri. Itu paling penting.

diana rafar

Advertisement

Untuk makluman, Diana Rafar dan Zamarul Hisham telah pun bercerai selama 4 bulan sebelum membuat keputusan untuk kembali bersama. Terharu juga Abang Nara membaca kata-kata Diana Rafar tentang penyatuan ini. Tiada paksaan, tiada ugutan sebaliknya masing-masing tahu yang si dia adalah yang terbaik. Kata Diana:-

Sejujurnya, sepanjang tempoh empat bulan berpisah sebagai suami isteri, kami bermuhasabah diri dan menilai kembali kesilapan masing-masing. Bagi saya berpisah sementara itu merupakan ujian dan nikmat terbesar dalam perkahwinan kami. Tanpa sedar kami membuat keputusan untuk kembali bersama.

Ingin saya tegaskan, tiada paksaan daripada mana-mana pihak termasuk Zamarul untuk kami kembali rujuk. Ia berlaku secara semula jadi tanpa kami jangka. Kami berdua sendiri cukup terkejut dengan keputusan tersebut kerana sepanjang empat bulan berpisah, soal jodoh memang diserahkan kepada Allah dan tidak pernah berbincang tentang merujuk semula perkahwinan. Saya sifatkan jodoh saya dan Zamarul masih kuat

Kami tidak meletakkan sebarang janji kerana apa yang berlaku iaitu bercerai dan rujuk semula sesuatu yang tidak dirancang. Cuma selepas apa yang berlaku, saya sedar bahawa kami tidak boleh terlalu selesa dengan apa yang dimiliki.

Walaupun sudah berkahwin, proses belajar untuk menjadi isteri dan suami yang baik tidak pernah tamat. Kami akan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan lebih baik

Tahun lepas juga merupakan tahun yang penuh dengan ujian buat saya. Hanya sejak awal bulan ini hidup saya kembali berubah ke arah positif. Bukan sahaja tarikh lahir saya jatuh pada 9 Mei tetapi saya turut ditawarkan menjadi duta produk Sugar Scarf dan Dr. Glow. Hadiah terbesar saya adalah kembali bersatu dengan Zamarul sebagai suami isteri

Walaupun tidak dapat tarikh yang kami inginkan, saya tidak kisah asalkan ia berlangsung pada bulan Mei. Tiada lagi impian saya selain melihat keluarga kami membesar dan kekal sehingga akhir hayat.

Bagi saya, penyatuan semula kami hasil doa daripada orang sekeliling, terutamanya keluarga dan peminat yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada kami berdua

diana rafar

Pastinya hari ini adalah hari gembira buat Zamarul, Diana dan anak mereka. Semoga segalanya berjalan lancar. Semoga kesilapan lalu menjadi pengajaran buat mereka. Tahniah Zamarul dan Diana. Selamat pengantin baru Abang Nara ucapkan. Sumber Kosmo.
diana rafar

P.S: Wanita sememangnya mementingkan kebersihan lebih-lebih di bahagian sulit. Apa kata cuba pencuci wanita yang paling laris di Facebook dan Instagram iaitu Manja Sireh. Segar, wangi, suci dan bersih. Siapa dapat produk percuma lagi. Ramai yang dah berpuas hati dan bagi testimonial. Tak caya? Tengok sendiri di Facebook Fyqa Signature HQ dan Instagram Signature HQ. Korang confirm nak beli terus.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...