Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zamarul Hisham & Diana Rafar Kahwin Semula 16 Mei Ini

Nampaknya doa peminat untuk melihat pasangan Zamarul Hisham dan Diana Rafar untuk bersatu semula sebagai suami isteri akhirnya termakbul apabila  pasangan tersebut bakal nikah semula tanggal 16 Mei ini.

Advertisement

Diana mengakui ia bukan satu tanggungjawab yang mudah untuk menjadi seorang ibu tunggal selama empat bulan lepas. Dalam tempoh perpisahan mereka, Zamarul juga tidak berhenti untuk mendapatkan semula kasih sayang bekas isterinya dan yakin jodoh di antara mereka masih lagi kuat.

Mungkin jodoh kami masih kuat bersama, keputusan untuk rujuk semula adalah yang terbaik buat kami sekeluarga. Memandangkan saya dan Zamarul pernah bernikah pada 16 Mei 2009, jadi tarikh sama dipilih untuk rujuk semua. Doakan semoga segalanya dipermudahkan.

Buat Diana, segala yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri dan kasih sayang beliau kepada Zamarul semakin bertambah selepas berpisah.

Alhamdullillah, ini adalah berita yang cukup menggembirakan. Kami harap selepas ini Dina Rafar dan Zamarul Hisham terus tabah bersama dan lebih mencintai di antara satu sama lain. Semoga peluang kedua yang diberikan oleh Allah SWT ini tidak di sia-siakan.

Sumber Berita: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top