Keluarga Suami Jemput ‘Ex GF’ Datang Majlis Nikah, Bapa Mentua Pula Mulut ‘Tak Ada Insurans’ – “Patutnya Ko Sebelah Ni…”

Kehidupan

Keluarga Suami Jemput ‘Ex GF’ Datang Majlis Nikah, Bapa Mentua Pula Mulut ‘Tak Ada Insurans’ – “Patutnya Ko Sebelah Ni…”

Tular perkongsian seorang individu yang merahsiakan identitinya di mana dia meluahkan rasa hatinya yang terkilan dan sedih kerana apa yang berlaku ketika majlis pernikahannya.

 

Advertisement

Keluarga mentua tak move on dengan ‘menantu tak jadi’

Menurut wanita tersebut, ketika majlis itu berlangsung dia ternampak kelibat bekas kekasih suaminya hadir dan disambut mesra oleh keluarga lelaki itu.

Bukan sahaja tidak sensitif kerana menjemput bekas kekasih tetapi keluarga mentuanya juga turut mengajak wanita itu bergambar dengan dia dan suami.

Pada awalnya, wanita tersebut menolak namun adik iparnya berkeras mahu bekas kekasih abang mereka untuk bergambar bersama ibu dan ayahnya.

Adik dia cakap dekat girl tu ‘akak gambarlah sekali dengan abang dengan ibu ayah’.

nikah

 

Bapa mentua pun tak jaga hati dan perasaan

Bukan hanya adik-adik tetapi bapa suaminya juga turut berkata sesuatu yang langsung tidak wajar kerana seharusnya dia menjaga hati dan perasaan menantu.

Ayah suami I boleh cakap ‘patutnya engko yang dalam gambar ni nak (anak) sebelah Aqmal.

Betapa hancurnya hati apabila keluarga mentua memperlakukan dirinya sebegitu apatah lagi suami juga tidak mempertahankan isterinya di situ.

 

Jangan pisahkan!

Tidak habis di majlis nikah itu sahaja, dia juga berkata keluarga mentua turut berpesan kepadanya agar tidak memisahkan mereka dengan perempuan tersebut. Katanya,

Dia bukan sekadar menantu tak jadi tapi dah anggap macam anak. I sedih gila. I rasa I buat keputusan yang salah kahwin ni. I taktau nak buat apa. Sumpah mood sanding pun hilang, I menantu dorang kot. Sedih.

twitter

Ramai warganet yang membaca perkongsian itu berasa geram dengan keluarga mentua wanita berkenaan kerana membuat dirinya seolah-olah tidak wujud di sisi suaminya.

Dalam pada itu, sesetengah individu mempersoal sama ada suaminya bersuara selepas apa yang dilakukan keluarganya itu kepada isteri sendiri.

Malah, ada yang berpendapat suaminya itu mempamerkan tanda-tanda ‘red flag’ kerana membiarkan keluarga mempermainkan dan menjatuhkan maruah isteri.

Sihir
11 months ago

"Perut Membusung, Bau Busuk Sangat" - Wanita Sihir Adik Ipar Yatim Piatu Kerana Belum Ada Anak, Merayu Cara Tarik Balik Sihir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...