“Keluarga Pun Dah Malas Tanya..” Usia Dah 40-an, Dayang Nurfaizah Letak Soal Jodoh Pada Allah S.W.T

Hiburan

“Keluarga Pun Dah Malas Tanya..” Usia Dah 40-an, Dayang Nurfaizah Letak Soal Jodoh Pada Allah S.W.T

Menyambut hari lahir pada bulan Julai yang lalu, penyanyi kesayangan negara, Dayang Nurfaizah mengakui dirinya tidak dapat menerima hakikat bahawa usianya kini sudah mencecah angka 40 tahun.

Dayang Nurfaizah
3 years ago

"Sayang, Apa Khabar?" - Dayang Nurfaizah Kini Punya Kekasih Hati?

Advertisement

Berkongsi rasa, Dayang merasakan dunia bergerak pantas di saat dia masih mempunyai banyak perkara itu dikecapi dalam hidup.

Ujar Dayang, dia tidak menolak andaian takut menjadi tua menjadi penyebab kepada kerisauannya itu.

Namun tegas pemilik nama Dayang Norfaizah Awang Dowty ini lagi, bukan soal perubahan bentuk fizikal atau tenaga berubah menjadi punca dia menjadi gusar dengan angka 40-an itu kini.

Bukan takut tua sebab bentuk fizikal ataupun tenaga berubah. Semua ini menjadi lumrah. Ia dapat dilihat bagaimana tenaga dan fizikal masa masih remaja hinggalah sekarang. Memang banyak perbezaannya. Cuma, maksud saya pertambahan usia menyentak diri. Terasa pecutan masa begitu pantas hingga saya tidak sedar usia semakin meningkat, sedangkan banyak perkara yang ingin dicapai dalam hidup.

Dia yang ditemui sebuah media turut ditanyakan soal jodoh dan bagi Dayang, dia lebih selesa untuk meletakkan soal itu kepada Yang Maha Esa.

“Saya rasa keluarga pun malas nak bertanya soal jodoh. Saya hanya terfikir soal jodoh apabila ada yang bertanyakan. Selalunya, hidup adalah untuk diri saya sendiri.” tambah Dayang lagi.

Penyanyi lagi Di Pintu Syurga ini juga menjelaskan bahawa dia sebolehnya tidak mahu terjerumus ke dalam kontroversi yang dapat memusnahkan kerjaya seninya.

Perkembangan terkini, Dayang kini muncul dengan single duet terbaru berjudul Sayang Aku Tanya Apa Khabar bersama penyanyi dan komposer muda, Zynakal.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Forum CARI

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...