Keluarga kepada Allahyarham Harun Salim Bachik, menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyebar foto dan berita bahawa pelawak itu telah jatuh di  tandas R&R Semanggol sebelum meninggal dunia.
Menurut anak kedua Harun Salim Bachik iaitu Danial AL-Rashid, bapanya meninggal dunia dipangkuan adiknya selepas mengalami sesak nafas. Allahyarham sememangnya menghidap penyakit Asthma yang agak kronik sejak lima tahun yang lalu.
Arwah tidak jatuh seperti yang tersebar di Facebook, dia sesak nafas dan berpaut pada tiang hingga adik saya memapah dan memangkunya pada saat-saat dia menghembuskan nafas terakhir.
Selepas saya dapat berita tentang itu dan lihat sudah tersebar gambar-gambar arwah serta cerita yang salah. Saya harap orang ramai tidak menyebarkan lagi gambar tersebut.
Kesihatan Allahyarham mula terjejas apabila beliau terlalu kuat bekerja sewaktu menyertai program Maharaja Lawak Mega 2013 bersama kumpulan Boboy.
Antara punca kesihatan dia semakin teruk kerana terlalu kuat bekerja, kami ada paksa dia agar berehat dan dia memberitahu tahun ini akan memperlahankan aktiviti seni.
Keadaan penyakit asma mula serius lepas menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 lalu dan selepas itu dia sering mendapatkan rawatan di hospital.
Pada awalnya, jenazah Allahyarham telah tiba di kediaman beliau di Taman Pandan Perdana pada jam 1.15 awal pagi Isnin dengan menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam dari Hospital Parit Buntar. Jenazah  dimandikan serta disembahyangkan di Surau Al Mutmainnah Jalan Pandan Perdana 8/1 pada jam 9 pagi.
Atas permintaan keluarga, kami sarankan agar anda tidak menyebarkan lagi foto arwah yang sedang terbaring di media sosial lagi. Hormatilah beliau yang sudah pergi untuk selamanya.