March 8th, 2015

Pelawak serta pelakon terkenal, Harun Salim Bachik dikhabarkan telah pun meninggal dunia sebentar tadi. Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir selepas terjatuh dalam bilik air di RNR Gunung Semanggol arah selatan kira-kira jam 5 petang.

Berita tersebut telah disampaikan sendiri oleh teman rapatnya Afdlin Shauki menerusi akaun Facebook miliknya yang menyifatkan arwah seorang insan yang berbakat dan mempunyai keperibadian yang baik. Sesungguhnya pemergian Harun Salim Bachik ini adalah satu kehilangan besar buat industri hiburan tanah air.

Berita ini nyata mengejutkan ramai pihak kerana arwah sebelum ini tidak pernah dikhabarkan mempunyai sebarang penyakit serius. Walau bagaimanapun, ajal maut di tangan Allah, tiada siapa dapat menyangka ia akan berlaku bila dan dimana. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sama-samalah kita doakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al- Fatihah.

Sumber Berita: Facebook Afdlin Shauki


Comments are closed.

Loading...