Keliru Nak ‘Bau’ Yang Macam Mana? Ini 5 Jenama Minyak Wangi Paling ‘Top’ Untuk Wanita Di Malaysia

Gaya Hidup

Keliru Nak ‘Bau’ Yang Macam Mana? Ini 5 Jenama Minyak Wangi Paling ‘Top’ Untuk Wanita Di Malaysia

Sebagai wanita, untuk kelihatan cantik sememangnya sesuatu yang diinginkan tetapi mempunyai bau badan yang baik juga merupakan perkara yang perlu dijaga kerana ia melengkapkan ciri-ciri seorang wanita untuk tampil lebih elegan dan menarik.

Jadi harini, TeamNara akan berikan beberapa cadangan minyak wangi yang boleh dicuba untuk semua wanita di luar sana.

Advertisement

5. Gucci Bloom by Gucci

Gucci Bloom mempunyai haruman seperti bunga yang merangkumi tumbuh-tumbuhan yang wujud di alam sekitar. Perfume ini telah diinspirasikan oleh taman yang penuh dengan bunga dan tumbuhan. Perfume ini dijual dalam saiz 100ml dan boleh didapati dengan harga RM210.

4.Versace Bright Crystal

Mempunyai haruman yang juga berasaskan bunga-bungaan dan buah-buahan, wangian ini sesuai digunakan semasa keluar bertemu janji dengan kekasih. Perfume ini terdapat dalam saiz 90ml dan dijual dengan harga RM233.40

3.Coach Eau de Parfum for Her

Diinspirasikan daripada Bandar New York, wangian ini sangat menyegarkan dan sesuai dipakai semasa keluar bergembira bersama rakan-rakan. Terdapat dalam saiz 50ml, perfume ini boleh didapati dengan harga RM349.

2.Yves Saint Laurent Black Opium

Yves Saint Laurent Black Opium mempunyai bau yang berasaskan vanila dan sesuai untuk wanita yang gemarkan ciri-ciri ‘misteri’ dalam wangian. Juga didapati dalam saiz 90ml dan terjual dengan harga RM349.

1.Miss Dior Absolutely Blooming

Mempunyai bau yang seakan manis dan menyegarkan, wangian ini membuatkan si pemakai rasa lebih bersemangat dan gembira. Dimuatkan di dalam botol bersaiz 100ml, perfume ini boleh didapati dengan harga hanya RM199 sahaja.

So apa tunggu lagi, boleh lah try mana yang anda rasa berminat nak beli dan jangan overspend, dan yang paling penting, ‘ukur baju di badan sendiri…’

2 years ago

Tak Tahu Nak 'Marathon' Yang Mana Satu? Ini 10 Siri Netflix Paling Banyak Ditonton Minggu Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...