Kelantan Catat Penularan Kes COVID-19 Tertinggi, Negeri Paling Rendah Kadar Vaksinasi

Berita

Kelantan Catat Penularan Kes COVID-19 Tertinggi, Negeri Paling Rendah Kadar Vaksinasi

Menerusi sebuah laporan media, negeri Kelantan telah merekodkan penularan COVID-19 tertinggi di Malaysia dengan bilangan kes sebanyak 820 jangkitan terbaru, semalam.

Gaji Minimum
2 years ago

Masih Dalam Kajian, Perlaksanaan Gaji Minimum Terbaru Bakal Diumum Tahun Hadapan

Advertisement

Dilaporkan bahawa peningkatan itu adalah dua kali ganda kes berbanding hari sebelumnnya iaitu 376 kes.

Negeri yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah itu juga merupakan antara negeri yang mencatatkan kadar vaksinasi terendah dalam kalangan semua negeri iaitu hanya 58.8 peratus setakat ini.

Vaksin KelantanSumber : UKMB  

Manakala negeri kedua yang merekodkan penularan jangkitan tertinggi adalah Selangor dengan 809 kes, disusuli Saraawak sebanyak 385 kes dan Sabah, 364 kes.

Setakat Isnin lalu, 4,534 kes jangkitan telah dilaporkan dengan jumlah kumulatif keseluruhan iaitu sebanyak 2,510,852 kes.

Terkini, seramai 24,604,953 atau 75.3 peratus populasi rakyat di Malaysia telah lengkap menerima vaksin dan 2.9 peratus lagi masih belum lengkap dua dos.

Untuk golongan yang berusia 12 hingga 17 tahun pulan, sebanyak 76.0 peratus telah lengkap vaksinasi dan baki 10.4 peratus masih menunggu untuk suntikan kedua.

Dapatkan vaksinasi anda dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 ini dalam kalangan masyarakat. Jaga diri, jaga semua.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...