Kejutan Minggu Ketujuh #AF2014, Adel Tersingkir

Hiburan

Kejutan Minggu Ketujuh #AF2014, Adel Tersingkir

Terkejut. Serius Abang Nara terkejut beruk. Ingatkan Abang Nara salah dengar apabila nama Adel diumumkan tersingkir di konsert ketujuh Akademi Fantasia 2014, rupa-rupanya itu adalah kenyataan. Adel yang jelita, cantik, suara menawan dan penuh karisma telah pun tersingkir akibat mendapat undian yang terendah pada minggu yang menggunakan teman Remy&Sally ini. Nak menangis Abang Nara dibuatnya.

adel af tersingkir

Advertisement

Jika anda masih ingat, pada konsert minggu ke 6, ramai yang mahukan Nina terkeluar. Namun nampak gayanya para peminat Nina di AF2014 tidak hanya lantang mempertahankan pelajar tersebut, malah amat giat mengundi. Seperti yang kita ketahui, keputusan Akademi Fantasia 100% bergantung pada undian. Walaupun di alam maya Adel sering mendapat pujian, namun nampak gayanya ia tidak diterjemahkan menerusi undian. Tak boleh salahkan pengundi jika mereka tidak mengundi berdasarkan kualiti kerana itu adalah duit mereka. Suka hatilah mereka nak undi siapa kan?

adel af tersingkir

Di laman Facebook Akademi Fantasia sudah mula kelihatan para peminat Adel yang mahukan AFMASUK diadakan. Adakah ia satu tindakan yang wajar? Hmmmmm. Menilai dari segi bakat, memang wajar Adel dimasukkan semula. Namun jika masuk tetapi terkeluar balik kerana undian yang tidak mencukupi, terasa pembaziran pula kan? Apa pun, AF2014 memang penuh dengan kejutan. Yang berbakat tersingkir awal, yang kurang berbakat masih bertahan. Segalanya di tangan anda. Undian anda yang menentukan. Sama-sama kita nantikan konsert ke 8 AF2014 minggu ini untuk lihat siapa yang bakal tersingkir.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...